Kolej Kediaman Ungku Omar

Fakta Pantas

Kolej Ungku Omar dibina pada 23 jun 1976 dan siap pada 7 Januari 1978 dengan keluasan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai empat blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan tiga blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni.

Dengan akronim KUO, kolej ini dinamakan sempena seorang tokoh perubatan Negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad.

Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.

Kehidupan Di Kolej

Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.

Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.

 

 

Kemudahan

  1. Wifi
  2. Bilik Perbincangan
  3. Perpustakaan Mini
  4. Dobi Layan Diri
  5. Kafeteria
  6. Surau
  7. Kemudahan Sukan
  8. Bilik  Mesyuarat Delima
  9. Bilik Seminar Utama
  10. Bilik Aktiviti Zamrud
  11. Bilik Perbincangan Mawar
  12. Ruang Siswa-Siswi
  13. Bilik Kebudayaan

Mendaftar Masuk

  1. Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
  2. Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
  3. Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
  4. Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
    • Kunci bilik;
    • Borang inventori kemudahan asas bilik;
    • Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
  5. Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.

Rumah Tamu

Kolej Ungku Omar menawarkan 2 jenis Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.

Jenis Rumah Tamu:
Bilik Berdua – RM80/semalam
Bilik Berempat – RM120/semalam

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti penghawa dingin, cerek elektrik, peti sejuk mini, televisyen, pemanas air, WiFi dan astro Njoi.

Asrama

Pangsasiswa

Pangsarama

Rumah Tamu

Kadar bilik

Pelajar TempatanPelajar Antarabangsa
Prasiswazah
Asrama – RM3.50/hari
Pangsasiswa – RM5.00/hari
Pangsarama – RM5.00/hari
Prasiswazah
Asrama – RM7.00/hari
Pangsasiswa – RM8.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Asrama – RM6.00/hari
Pangsasiswa – RM7.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Pangsasiswa – RM12.00/hari
Pangsarama – RM11.00/hari

Cara memohon

  1. Syarat Mendapatkan Penginapan:
    • Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
  2. Cara Menempah Bilik Penginapan
    • Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
    • appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
    • appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar

Garis Panduan Kolej Kediaman

Waktu Operasi
Isnin – Khamis 
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

 

Kolej Kediaman Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89215344

Scroll to Top