Search

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian #

RINGKASAN PROGRAM

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian menawarkan program yang mengaplikasikan prinsip sains, kejuruteraan, ekonomi dan juga keselamatan proses untuk menghasilkan idea berkaitan proses kimia, mereka bentuk dan membangunkan transformasi proses untuk bahan mentah ditukarkan kepada pelbagai bahan berguna dan produk nilai tinggi dalam pelbagai bidang termasuk bahan/bahan termaju, bahan kimia, makanan, bahan api dan lain-lain lagi.

Menjadi seorang pelajar yang kompeten daripada program kejuruteraan kimia di UKM memerlukan pelajar mahir dalam prinsip asas dalam ilmu kimia, fizik, biologi dan juga matematik, sebelum maju untuk mendalami kursus teras kejuruteraan kimia seperti termodinamik, imbangan bahan dan tenaga, pemindahan jisim dan tenaga, kejuruteraan tindakbalas kimia dan reka bentuk reaktor, proses pemisahan, proses dinamik dan kawalan dan reka bentuk loji proses dan ekonomi yang memfokuskan kedua-dua proses kimia dan biokimia.

Program kami  diperkukuhkan lagi dengan kursus keselamatan proses, persekitaran dan keterlestarian untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dan mendidik serta memberi kesedaran kepada pelajar tentang peranan dan tanggungjawab jurutera kimia dalam menjalankan tugasan kejuruteraan agar dapat memenuhi keperluan pihak berkuasa, industri dan yang paling penting adalah masyarakat.

 Agar seiring dengan arus revolusi industri (IR) 4.0, program juga mempunyai beberapa kursus teras yang memperkuatkan elemen IR4.0 seperti pengaturcaraan dan simulasi, kepintaran buatan (AI), internet kebendaan (IOT) dan lain-lain di kalangan pelajar. Program ini juga diakhir dengan beberapa kursus pembangunan professional seperti kursus Etika Kejuruteraan dan Pengurusan Projek untuk sebagai pendedahan kepada pelajar.

Syarat Kemasukan

Sijil Perakuan APEL.A Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF);

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan;

dan

Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

MUET Band 3.0

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

 1,200

 340

 700

 2,240

 1,040

9,520

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

LMCK1621 Ethics and Professionalism
LMCE1062 Academic Interactions (MUET Band 3)
LMCE1072 Academic Literacy (MUET Band 4)
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
KKPK1113 Elementary Skills in Chemical Engineering
LMCSXXX2 Open CITRA courses
KKKQ1123 Engineering Mathematics I (Vector Calculus)
KKPK1123 Physical and Analytical Chemistry for Engineers
KKPK1133 Chemical Engineering Principles I
LMCW1022 Fundamentals of Entrepreneurship and Innovation
KKKQ1223 Engineering Mathematics II (Linear Algebra)
KKPK1213 Organic Chemistry for Engineers
KKPK1223 Chemical Engineering Thermodynamics I
KKPK1233 Chemical Engineering Principles II
KKPK1243 Fluid and Particle Mechanics

LMCW2173 Ethnic Relation (Citizen)
LMCMXXX3
Bahasa Melayu Komunikasi 2 (NonCitizen)
LMXXXXXX CITRA
KKKQ2123 Engineering Mathematics III (Differential Equations)
KKPK2311 Chemical Engineering Laboratory I
KKPK2323 Cell Biology for Engineers
KKPK2333 Chemical Engineering Thermodynamics II
KKPK2342 Mass Transfer
KKKQ2023 Engineering Statistics
LMCW2163 Islamic and Asian Civilisation (TITAS – Citizen)
LMCWXXX3 Pengajian Malaysia 3 (NonCitizen)
KKPK2411 Chemical Engineering Laboratory II
KKPK2422 Introduction to Computer Programming
KKPK2432 Materials Science and Engineering
KKPK2443 Process Heat Transfer and Integration
KKPK2453 Chemical Reaction Engineering I

LMCE2082 Pro Talk English (MUET Band 3)
LMCE2092 Speak To Persuade (MUET 4)
KKPK3512 Open Ended Laboratory
KKPK3522 Chemical Engineering Computation
KKPK3533 Chemical Reaction Engineering II
KKPK3543 Separation Processes I
KKPK3553 Process Safety
KKPK3563 Pollution Control and Cleaner Production
KKPK3612 Integrated Laboratory (iLab©)
KKPK3622 Chemical Process Simulation
KKPK3633 Dynamics and Process Control
KKPK3643 Biochemistry And Biomolecular Engineering
KKPK3653 Separation Processes II
KKPK3663 Process Equipment Design

KKKF3283 Engineering Ethics & Technological Advancement
KKPK4713 Process Plant Design and Economic
KKPK4722 Sustainable Process
KKPK4734 Process Plant Design Project I
KKPK4742 Research Project I
KKPK57X3 Elective I (Depth 1)
LMCE3061 Corporate Storytelling (MUET 3)
LMCE3071 Professional Communication (MUET 4)
KKKF3103 Project Management
KKPK4812 Process Plant Design Project II
KKPK4824 Research Project II
KKPK58X3 Elective II (Depth II)
KKPK58X3 Elective II (Breadth I)

Kenali Fakulti

Program kami ditawarkan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM yang terletak di kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor sebuah bandar yang tenang dan hijau. Di samping program yang berkualiti, pelajar juga mempunyai akses kepada kemudahan “on-campus” yang menyeluruh agar dapat  memenuhi keperluan pembelajaran pelajar bagi memastikan keselesaan hidup sepanjang tahun pengajian. Apa lagi yang diperlukan apabila semua kemudahan yang luar biasa dapat dikecapi di kampus dan bandar Bangi.

Maklumat Fakulti

Kampus : Bangi, Selangor
Fakulti : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Ijazah : Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: +603-8911 8005 / 8001
Faka: +603-8925 2546
Emel: fasyasulaiman@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/jurutera

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik