Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)

RINGKASAN PROGRAM

Program Psikologi memberi pemahaman cara manusia bertingkah laku dengan mendalami kognisi, perasaan dan persepsi merangkumi proses-proses biologi manusia. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan asas psikologi seperti masalah tingkah laku dan kecelaruan minda. Pelajar berpeluang untuk menjadi pakar bidang psikologi dengan menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Syarat Kemasukan
Program Ijazah Pertama UKM Sesi Akademik 2020-2021 (Calon Lepasan STPM, Matrikulasi, ASASI, Diploma/Setaraf)

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Bagi Calon Lepasan STPM;

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

atau

Bagi Calon Lepasan Matrikulasi;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Sains UiTM / Asasi TESL UiTM / Asasi Kejuruteraan UiTM/ Asasi Undang-Undang KPT dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Bagi Calon Lepasan Diploma/Setaraf;

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau

 Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.

STPM

MATRIKULASI

DIPLOMA/SETARAF

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi;

dan

 Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  • Biology
  • Physics
  • Chemistry
  • Information and Communications Technology (ICT) / Computer Science
  • Mathematics / Mathematics M / Mathematics T
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Literature in English
  • Ekonomi
  • Syariah
  • Usuluddin
  • Perakaunan
  • Pengajian Perniagaan / Pengurusan Perniagaan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran:

  • Mathematics / Additional Mathematics; dan
  • mana-mana satu (1) mata pelajaran sains berikut:
    • Science
    • Biology
    • Physics
    • Chemistry

 dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran;

  • Bahasa Inggeris

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.

 

Memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

 Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.

atau

 Calon Lepasan STPM / Matrikulasi KPM / Asasi – (BUKAN TAHUN SEMASA)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM/Matrikulasi KPM/Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  • Biology
  • Physics
  • Chemistry
  • Information and Communications Technology (ICT) / Computer Science
  • Mathematics / Mathematics M / Mathematics T
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Literature in English
  • Ekonomi
  • Syariah
  • Usuluddin
  • Perakaunan
  • Pengajian Perniagaan / Pengurusan Perniagaan

 dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran:

  • Mathematics / Additional Mathematics; dan
  • mana-mana satu (1) mata pelajaran sains berikut:
    • Science
    • Biology
    • Physics
    • Chemistry

 dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran;

  • Bahasa Inggeris

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.

 

Syarat Kemasukan Program Ijazah Pertama Ukm Sesi Akademik 2020-2021 (Calon Lepasan STAM, APEL (A) )

SYARAT AM UNIVERSITI STAM

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

SYARAT AM UNIVERSITI APEL (A)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah;

dan

Sijil perakuan APEL MQA dengan mendapat Tahap 6 MQF;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

SYARAT KHAS PROGRAM

STAM

APEL (A)

Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM);

 dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran:

  • Mathematics / Additional Mathematics; dan
  • mana-mana satu (1) mata pelajaran Sains berikut:
    • Science
    • Biology
    • Physics
    • Chemistry

dan

 Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET);

 dan

 Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.

TIDAK DITAWARKAN KEPADA CALON SALURAN APEL (A)

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

6

1,200

340

550

2,090

890

6,540

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?
  • Pengantar Psikologi
  • Statistik Asas
  • Sistem dan Teori Psikologi
  • Persepsi dan Kognisi
  • Personaliti
  • Motivasi dan Emosi
  • Metodologi Penyelidikan
  • Statistik dan Analisis Data
  • Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
  • Pengujian Psikologi
  • Psikologi Eksperimen
  • Fisiologi Tingkah Laku
  • Psikologi Sosial
  • Psikologi Perkembangan
  • Psikologi Positif
  • Prinsip Bimbingan dan Kaunseling
  • Latihan Industri
  • Teori-teori Perkembangan Kerjaya
  • Modifikasi Tingkah Laku
  • Analisis Masalah dan Pembuatan Keputusan
  • Psikologi Kesihatan
  • Psikologi Industri dan Organisasi
  • Psikologi Abnormal
  • Ergonomik
  • Latihan Ilmiah
Kenali Fakulti

FSSK terletak di kampus utama UKM di Bangi, Selangor, 35 km ke arah selatan dari Kuala Lumpur. FSSK ialah sebuah pusat kecemerlangan yang memupuk  pemikiran kritikal dan kreativiti yang diperlukan untuk melahirkan barisan pemimpin. 

Pembelajaran di FSSK direka untuk memupuk pemikiran terbuka dan keaktifan penyertaan. FSSK mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan juga kemampuan para siswazah dalam mendapat kerja. Kami menawarkan para pelajar persekitaran yang inovatif, menyokong dan mencabar intelektual pelajar supaya cemerlang dalam bidang pilihan masing-masing. 

FSSK merupakan pusat yang penting bagi para cendekiawan terkemuka di Malaysia, yang kebanyakannya merupakan pakar bidang masing-masing. Mereka terkenal di peringkat nasional dan antarabangsa kerana penyelidikan yang mereka jalankan. Tidak hairanlah kerajaan Malaysia menganugerahkan UKM status universiti penyelidikan. 

FSSK komited untuk melengkapkan para pelajar dengan kaedah pembelajaran yang paling efektif. Kami percaya bahawa setiap pelajar adalah unik, dan pembelajaran bagi mereka merupakan sebuah perjalanan peribadi dan bukan sekadar kemajuan yang standard dan linear. Kami akan membantu pelajar dalam menerokai kaedah pembelajaran mereka yang tersendiri, untuk memahami dan membina motivasi mereka, dan untuk memperoleh kaedah pembelajaran yang akan mengekalkan nilai individualiti mereka sepanjang hidup.

Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Ijazah: Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)
Tempoh: 3 Tahun

Hubungi:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: +603-8921 5926 / 5354
Faks: +603-8925 2836
Emel: syafawati@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fssk

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173/ 8027/ 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik