Search

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Inggeris)

RINGKASAN PROGRAM

Bahasa Inggeris adalah lingua franca untuk sains dan teknologi, perdagangan, dan politik. Justeru, program Bahasa Inggeris memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar sesuai dengan keperluan dan aspirasi yang penting untuk Revolusi Industri ke-4. Program ini mempraktikkan pembelajaran bersepadu yang menggabungkan semua aspek kemahiran bahasa melalui amalan pengajaran dan pembelajaran transformatif yang sangat penting dalam memenuhi permintaan pasaran pekerjaan. Pelajar akan dapat menghasilkan, mengaplikasikan, dan berkongsi pengetahuan, serta menunjukkan pemahaman sistematik yang mendalam dalam bidang bahasa Inggeris dan penyelidikan yang berkaitan dengan bidang tersebut. Pelajar akan dapat menunjukkan kemampuan untuk melakukan penyelidikan dan menerapkan kemahiran praktikal dalam bidang pengajian bahasa Inggeris melalui analisa kritikal, penilaian, dan sintesis idea baru dan kompleks.

Syarat Kemasukan

Sijil Perakuan APEL.A Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF);

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan;

dan

Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

MUET Band 4.0

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

6

1,200

340

550

2,090

890

6,540

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?
  • Pengantar Pengajian Bahasa & Linguistik/ Introduction to Linguistics and Language
  • Bahasa & Teknologi Maklumat 
  • Foundation English
  • Oral Communication
  • Structures in Context
  • Written Communication
  • Metodologi Penyelidikan
  • Academic Writing
  • Academic Reading
  • Oral Communication Strategies
  • Sociolinguistics
  • Multimedia English
  • English Morphology and Syntax 
  • Latihan Industri
  • Malaysia in Narration
  • Language and Intercultural Communication
  • Discourse and Pragmatics
  • Varieties of English
  • Fundamentals of Language & Learning & Teaching
  • Latihan Ilmiah
  • Language at the Workplace
Kenali Fakulti

FSSK terletak di kampus utama UKM di Bangi, Selangor, 35 km ke arah selatan dari Kuala Lumpur. FSSK ialah sebuah pusat kecemerlangan yang memupuk  pemikiran kritikal dan kreativiti yang diperlukan untuk melahirkan barisan pemimpin. 

Pembelajaran di FSSK direka untuk memupuk pemikiran terbuka dan keaktifan penyertaan. FSSK mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan juga kemampuan para siswazah dalam mendapat kerja. Kami menawarkan para pelajar persekitaran yang inovatif, menyokong dan mencabar intelektual pelajar supaya cemerlang dalam bidang pilihan masing-masing. 

FSSK merupakan pusat yang penting bagi para cendekiawan terkemuka di Malaysia, yang kebanyakannya merupakan pakar bidang masing-masing. Mereka terkenal di peringkat nasional dan antarabangsa kerana penyelidikan yang mereka jalankan. Tidak hairanlah kerajaan Malaysia menganugerahkan UKM status universiti penyelidikan. 

FSSK komited untuk melengkapkan para pelajar dengan kaedah pembelajaran yang paling efektif. Kami percaya bahawa setiap pelajar adalah unik, dan pembelajaran bagi mereka merupakan sebuah perjalanan peribadi dan bukan sekadar kemajuan yang standard dan linear. Kami akan membantu pelajar dalam menerokai kaedah pembelajaran mereka yang tersendiri, untuk memahami dan membina motivasi mereka, dan untuk memperoleh kaedah pembelajaran yang akan mengekalkan nilai individualiti mereka sepanjang hidup.

Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Ijazah: Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Inggeris)
Tempoh: 3 Tahun

Hubungi:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: +603-8921 5926 / 5354
Faks: +603-8925 2836
Emel: syafawati@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fssk

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173/ 8027/ 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik