Search
Program Yang Ditawarkan
  • Antropologi dan Sosiologi
  • Geografi
  • Sains Pembangunan
  • Pengurusan Persekitaran
  • Kajian Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu
  • Pengurusan dan Persembahan Seni
  • Kerja Sosial
  • Psikologi
  • Linguistik
  • Pengajian Bahasa Inggeris
  • Pengajian Strategi dan Keselamatan
  • Sejarah

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

  • Pengajian Bahasa Inggeris**
  • Sejarah Malaysia*
  • Kesusasteraan Melayu*
  • Kajian Bahasa Melayu*

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa
*Dikendalikan dalam Bahasa Melayu
 **Dikendalikan dalam Bahasa Inggeris

  • Antropologi dan Sosiologi*
  • Geografi*
  • Sains Pembangunan*
  • Analisis Strategi Dan Keselamatan*
  • Sains Politik*
  • Linguistik*
  • Psikologi Industri dan Organisasi*
  • Psikologi Kaunseling*
  • Psikologi Perkembangan*
  • Pengurusan Komunikasi*

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa
*Dikendalikan dalam Bahasa Melayu

  • Sarjana Pengurusan Persekitaran

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

  • Sarjana Sains Sosial (Psikologi Industri dan Organisasi)*
  • Sarjana Sains Sosial (Pengajian Strategi dan Diplomasi)**

Mod Pengajian: Kerja Kursus
*Dikendalikan dalam Bahasa Melayu
 **Dikendalikan dalam Bahasa Inggeris

  • Komunikasi Perubahan Tingkah Laku Kesihatan (SPKPTLK)

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pengajian: Sepenuh Masa

PROGRAM SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

RINGKASAN PROGRAM

Program Sarjana di FSSK terbahagi kepada dua jenis mod pengajian, iaitu Sarjana kerjakursus dan Sarjana penyelidikan. Sarjana mod kerjakursus menawarkan tiga jenis ijazah Sarjana, iaitu Sarjana Sastera, Sarjana Sains Sosial dan Sarjana dalam Pengurusan Persekitaran. Bagi Sarjana mod penyelidikan, ijazahnya ialah Sarjana Falsafah. 

Jumlah program Sarjana bagi mod kerjakursus meliputi 23 program dari pelbagai bidang. Lima daripadanya adalah program bersama yang ditawarkan melalui kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan. Bagi mod penyelidikan, 17 program Sarjana Falsafah ditawarkan melalui enam Pusat Kajian di fakulti. Tesis sarjana akan diselia oleh para pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang kajian dalam disiplin sains sosial dan kemanusiaan.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Pembelajaran di FSSK adalah berlandaskan kemahiran berfikir dan penyertaan dalam pembelajaran secara aktif. FSSK mempunyai rekod prestasi yang membanggakan dan ianya telah dibuktikan dalam sesi pengajaran, penyelidikan dan penerbitan, serta kemampuan siswazah itu sendiri. Kami juga menawarkan kepada pelajar persekitaran yang kondusif, menyokong dan mendorong pelajar siswazah untuk berjaya dalam pembelajaran yang mereka pilih. FSSK juga merupakan sebuah fakulti yang telah melahirkan beberapa cendekiawan terkemuka di Malaysia, yang kebanyakannya adalah pakar bidang yang terkenal di mata dunia, nasional dan antarabangsa kerana hasil daripada penyelidikan mereka. Maka tidak hairanlah bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan status ‘Universiti Penyelidikan’ kepada UKM.

 

FSSK juga komited untuk melengkapkan pelajarnya dengan kaedah pembelajaran yang paling berkesan. Ilmuan di FSSK percaya bahawa setiap pelajar adalah individu, dan pembelajaran adalah perjalanan peribadi seseorang. Oleh itu, kami di FSSK akan membantu pelajar untuk lebih memahami sesis pembelajaran dalam masa yang sama membantu mereka untuk memahami dan membina motivasi dalam diri masing-masing.

Syarat Kemasukan
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan);  dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan);  dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam tempoh maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Faks: +603 8911 8471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366/ 4196/ 3997/5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Bekerjasama rapat dengan ahli fakulti yang menyelia penyelidikan.
  • Salah satu universiti yang berintensifkan penyelidikan terbesar di Malaysia.
  • UKM terlibat dalam penyelidikan bertaraf dunia merentasi pelbagai disiplin.
  • Kami adalah salah satu daripada 100 universiti teratas di dunia/QS World University Rankings 2020.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Ijazah: Sarjana Falsafah, Sarjana Sastera, Sarjana Sains Sosial, Sarjana Pengurusan Persekitaran

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel : +603-8921 5144/ 5145 / 4527
Faks: +603-8925 2836
Emel: shadira@ukm.edu.my / siswazahfssk@ukm.edu.my Laman Web : www.ukm.my/fssk

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik