Felo Bersekutu
FELO BERSEKUTU
Terma Rujukan Felo Bersekutu:
- Memberikan nasihat dalam perancangan strategik pengurusan penyelidikan di LESTARI UKM
- Menyertai projek-projek penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tujahan di LESTARI UKM melalui kepakaran felo bersekutu.
- Menerbitkan hasil penyelidikan secara bersama dengan penyelidik di LESTARI UKM.
- Menjadi penyelia bersama atau ahli jawatankuasa penyeliaan pelajar pascasiswazah.
- Merangsangkan jaringan serta jangkauan LESTARI untuk mengukuhkan hubungan LESTARI dengan pihak berkepentingan, khususnya masyarakat dalam mencorak pembangunan yang lestari.
- Menyampaikan seminar penyelidikan/syarahan umum dalam bidang kepakaran.

FELO KEHORMAT
Terma Rujukan Felo Kehormat:
- Memberi nasihat untuk mengukuhkan perhubungan korporat LESTARI di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, serta jalinan LESTARI dengan agensi awam, komuniti setempant, pihak NGO dan sektor swasta.
- Merangsangkan jaringan serta jangkauan LESTARI untuk mengukuhkan hubungan LESTARI dengan pihak berkepentingan, khususnya masyarakat dalam mencorak pembangunan yang lestari.
- Memberi dorongan kepada LESTARI dalam usaha memartabatkan ilmu melalui penyelidikan, pendidikan dan pengupayaan pembangunan sebagai pemangkin wawasan kelestarian.
- Menyampaikan Syarahan Umum.
- Dato’ (Dr.) Kamarulzaman Abdul Ghani
Bidang: Pengurusan Geopark - Encik Othman Ayeb
Bidang: Pelancongan berasaskan ilmu