Dialog Pelancongan Lenggong

3 November 2025 – Program Dialog Pelancongan Lenggong Sempena Lenggong Dialog 2026 (LD’26) berfungsi sebagai pelantar penting untuk membincangkan hala tuju keusahawanan berasaskan geopark dan peranan masyarakat tempatan dalam memacu pembangunan ekonomi lestari di Lenggong Geopark. Sesi dialog ini menampilkan YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong sebagai Panel Utama, bersama beberapa Ahli panel jemputan yang lain iaitu, (1) Tuan Mohd Amzari Mohd Arzami, Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Geopelancongan Lenggong Geopark; (2) YBhg. Tuan Haji Nizarulikram Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak; dan (3) Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Ketua Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), LESTARI, UKM yang turut merupakan Ahli Jawatankuasa Panel Pakar Lenggong Geopark.

Perbincangan tertumpu kepada cadangan penubuhan Badan Usahawan Lenggong Geopark, yang bertujuan memperkukuh keusahawanan berasaskan komuniti. Dialog ini juga bertindak sebagai pengenalan kepada pengusaha pelancongan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, serta merupakan program pembukaan untuk program-program susulan yang akan datang.

Disediakan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad
3 November 2025