Pusat Penyelidikan Langkawi

 Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF) Universiti Kebangsaan Malaysia

TEMPAHAN PAKEJ DAN FASILITI

Pusat Penyelidikan Langkawi UKM dilengkapi dengan kemudahan seminar/mesyuarat dan penginapan.

Kemudahan ini dibuka untuk sewaan kepada semua pihak.
Prosedur penempahan

  1. Sila lihat fasiliti yang ditawarkan iaitu: FASILITI PENGINAPAN, FASILITI SEMINAR/KURSUS & FASILITI MAKMAL
  2. Sila lihat Pakej lawatan/pembelajaran (akan diperkenalkan kemudian)
  3. Tentukan tarikh tempahan dengan merujuk kepada kalender tempahan ini<KALENDAR TEMPAHAN 2023 (sedang dalam penyelenggaraan)>.
  4. Kenalpasti dan tentukan pakej/fasiliti yang ingin ditempah. Isi BORANG TEMPAHAN (sila pilih Pusat Penyelidikan Langkawi) untuk memohon pra-sebut harga/sebut harga rasmi. Pihak PPL akan emel sebut harga rasmi kepada pihak pelanggan. Sebarang pertanyaan lanjut emel kepada Cik Nor Amilia Che My (amilia@ukm.edu.my)
  5. Tempahan yang telah disahkan akan dimasukkan ke dalam kalendar tempahan.

Perkhidmatan Katering

Pihak PPL tidak menyediakan perkhidmatan katering. Namun Pihak PPL boleh membantu memberikan maklumat perhubungan syarikat katering untuk diuruskan oleh pihak pelanggan.

Video Rangkuman Fasiliti Kemudahan PPL: https://youtu.be/6Wk84TnU8xw