{"id":2072,"date":"2015-06-22T05:53:19","date_gmt":"2015-06-22T05:53:19","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/?page_id=2072"},"modified":"2022-10-04T01:53:44","modified_gmt":"2022-10-04T01:53:44","slug":"sarjana-sains-sosial-geografi","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/sarjana-sains-sosial-geografi\/","title":{"rendered":"SARJANA SAINS SOSIAL (GEOGRAFI)"},"content":{"rendered":"<p><strong>SARJANA SAINS SOSIAL (GEOGRAFI)<\/strong><br \/>\n<strong><span style=\"text-decoration: underline;\">KURSUS WAJIB\u00a0(22 Unit\/22 Unit)<\/span><\/strong><br \/>\nSKAP6013 Wacana Pemikiran Sosial<br \/>\nSKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial<br \/>\nSKAG6033 Kajian Lembangan Saliran<br \/>\nSKAG6043 Pembangunan dan Alam Sekitar<br \/>\nSKAG6053 Penduduk dan Kesejahteraan Sosial<br \/>\nSKAG6113 Kajian Perubahan Iklim<br \/>\nSKAG6123 Ekonomi, Politik dan Ruang<br \/>\nSKAG6133 Kajian Pinggir Pantai<br \/>\nSKAG6143 Petempatan dan Pembangunan<br \/>\n<strong><span style=\"text-decoration: underline;\">TESIS SARJANA (12 Unit)<\/span><\/strong><br \/>\nSKAG601C Tesis Sarjana<br \/>\n<strong><span style=\"text-decoration: underline;\">KURSUS ELEKTIF\/ELECTIVE COURSES (6 Unit\/ 6 Units)<\/span><\/strong><br \/>\nSKAG6213 Kajian Litupan Bumi<br \/>\nSKAG6223 Geografi Pelancongan<br \/>\nSKAG6233 Kesihatan dan Alam Sekitar<br \/>\nSKAG6243 Pembandaran dan Pengurusan Bandar<br \/>\nSKAG6253 Pengurusan Alam Sekitar<br \/>\nSKAG6263 Pengangkutan, Pembangunan dan Transformasi Ruang<br \/>\n<strong>JUMLAH UNIT : 40 UNIT<\/strong><br \/>\n<strong>DOKTOR FALSAFAH &amp;\u00a0SARJANA FALSAFAH (GEOGRAFI)<\/strong><\/p>\n<p><strong><span style=\"text-decoration: underline;\">KURSUS WAJIB\u00a0(8 Unit\/ 8 Units)<\/span><\/strong><br \/>\nSKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial<br \/>\nSKAP6014 Penulisan Akademik Sosial<br \/>\n<span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>JUMLAH UNIT : 8 UNIT<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>KURSUS WAJIB<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<span style=\"text-decoration: underline;\">SKAP6013 Wacana Pemikiran Sosial<\/span><br \/>\nKursus ini membincangkan teori sosial yang dikemukakan oleh pemikir Barat dan bukan Barat untuk menjelaskan hubungan antara manusia, masyarakat dan alam serta wacana semasa mengenai isi-isu falsafah, teoritis dan kaedah yang ditangani atau tidak\u00a0 ditangani oleh teori tersebut. Topik yang dibincangkan meliputi perbezaan antara ilmu wahyu dan sains; peranan falsafah dalam pembinaan teori sosial; hubungan antara kolonialisme, imperialisme dan orientalisme; pentakrifan semula hubungan antara struktur, agensi manusia dan ruang selari dengan perubahan sosial dan alam sekitar. Isu ini akan dibincangkan daripada perspektif dan konteks Malaysia, dalam hubungannya dengan kemunculan wacana teoritis serta isu pengaplikasiannya pada era pasca-moden.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial<\/span><br \/>\nPenyelidikan berkaitan isu sosial, pembangunan dan persekitaran memerlukan maklumat yang tepat daripada pelbagai sumber serta pemilihan kaedah pengumpulan data dan analisis yang wajar. Kursus ini membolehkan pelajar menulis cadangan penyelidikan, melakukan penyelidikan dan menginterpretsi hasil kajian. Liputan kursus ini merangkumi tajuk-tajuk seperti (a) dimensi\u00a0 penyelidikan, teori dan metodologi; (b) kaedah pengumpulan, pengurusan dan analisis data kualitatif dan kuantitatif; (c) rangka penyelidikan, cadangan penyelidikan dan persembahan hasil kajian; dan (d) metod penyelidikan yang spesifik mengikut bidang. Pelajar juga diajar menjalankan kerja lapangan dan analisis data menggunakan SPSS.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6033 Kajian Lembangan Saliran<\/span><br \/>\nKajian lembangan saliran menggabungkan teori dan praktikal dalam bidang hidrologi, geomorfologi dan pengurusan lembangan. Prinsip hidrologi dan geomorfologi peringkat pertengahan dan lanjutan akan dibincangkan secara perperinci dengan pengukuhan konsep berdasarkan proses dan pembentukan sesuatu kejadian sama ada di lembangan bandar atau semula jadi. Pelajar akan didedahkan dengan konsep hubungan hidrogeomorfologi dengan manusia dalam kerangka lembangan. Beberapa kes ketidakseimbangan lembangan dan analisis proses akan diterangkan menggunakan model ruang (GIS) dan model impirikal (analisis metod rational untuk parameter hidrologi).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6043 Pembangunan dan Alam Sekitar<\/span><br \/>\nKursus ini akan meneliti saling kaitan antara keperluan manusia, pelbagai sumber alam dan alam sekitar. Ia meliputi isu kaitan pembangunan manusia dengan pelbagai sumber (alam dan sosial), pengurusan sumber manusia dan alam sekitar untuk pembangunan berterusan yang mapan. Isu impak pembangunan terhadap persekitaran fizikal dan sosial akan diberi perhatian yang khusus dengan mengambil contoh pengalaman Malaysia sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6053 Penduduk dan Kesejahteraan Sosial<\/span><br \/>\nKebajikan dan tingkat pembangunan penduduk sesebuah negara boleh ditunjukkan berdasarkan aras kesejahteraan sosialnya. Kursus ini membincangkan konsep dan teori asas kesejahteraan sosial serta penerapannya dalam perancangan pembangunan negara. Aspek ketaksamaan serta hubungannya dengan perbezaan ruang, kemiskinan dan isu-isu semasa di peringkat global dan di Malaysia juga akan dibincangkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6113 Kajian Perubahan Iklim<\/span><br \/>\nKursus lanjutan iklim ini membincangkan perubahan ciri-ciri atmosfera bumi yang disebabkan oleh perubahan persekitaran global. Kandungannya meliputi iklim fizikal dan dinamik, ramalan model iklim, ukuran, cerapan serta pemahaman kesan risiko terhadap perubahan iklim, isu perubahan iklim akibat proses pembangunan dan usaha untuk menanganinya. Topik lain termasuk unjuran<br \/>\nperubahan iklim, impak dan langkah mitigasi untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6123 Ekonomi, Politik dan Ruang<\/span><br \/>\nMasyarakat manusia kini menghayati ruang kehidupan di mana terdapat percaturan-percaturan serius antara kuasa politik (governans) dengan kuasa ekonomi (khususnya kewangan dan perdagangan) sehingga wujud berbezaan ketara pada corak kehidupan dari tempat ke tempat dan dari kawasan ke kawasan. Dengan bertujahkan sektor kewangan (finans) dan perdagangan global, kursus ini menyorot realiti hubungan antara wang, kuasa dan ruang serta isu-isu besar berkaitan dengan hubungan itu. Antara isu yang menjadi fokus ialah bagaimana kolusi antara kapitalisme, sistem perbankan berasaskan faedah (interest) dan globalisasi kewangan dan perdagangan dunia semasa telah mewujudkan krisis hutang berat di kalangan negara-negara membangun; dan prospek mewujudkan sistem dan governans kewangan dunia yang dapat memperkasakan golongan lemah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6133 Kajian Pinggir Pantai<\/span><br \/>\nKursus ini membincangkan proses-proses geomorfologi yang berlaku di zon pinggir pantai serta pengurusannya. Proses-proses yang dikaji meliputi hakisan dan pemendapan serta peranan ombak, pasang surut, angin dalam mempengaruhi bentuk-bentuk fizikal daratan. Zon pinggir pantai yang dinamik sama ada dari aspek semula jadi mahupun aspek penggunaan akan dibincangkan.<br \/>\nDalam konteks pengurusannya berdasarkan contoh-contoh dari luar dan dalam negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">SKAG6143 Petempatan dan Pembangunan<br \/>\nKursus ini membincangkan kaitan sistem petempatan dengan pembangunan negara. Fokus perbincangan diberikan kepada teori dan paradigma pembangunan serta implikasinya terhadap petempatan. Perhatian juga ditumpukan kepada dasar dan strategi petempatan bagi pembangunan bandar dan desa dalam konteks pelbagai pendekatan pembangunan. Perbincangan turut ditumpukan kepada isu perkembangan ekonomi moden khususnya di banda raya metropolitan dalam era globalisasi serta impaknya terhadap pola ruang ekonomi dan sosial wilayah. Contoh di negara membangun khususnya Malaysia akan diketengahkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG601C Tesis Sarjana<\/span><br \/>\nPenulisan tesis merupakan satu keperluan yang diwajibkan bagi semua pelajar Sarjana Sains Sosial dalam Program Geografi. Tujuan utama menghasilkan tesis ialah untuk memberi peluang kepada pelajar merancang dan menjalankan satu penyelidikan sendiri, dan untuk menilai kemampuan mereka menyusun data yang dikumpul ke dalam satu bentuk tesis yang membayangkan kematangan daya berfikir, pengetahuan tentang bidang yang dikaji, kesesuaian hipotesis dan kaedah penyelidikan yang diguna serta kuasa analisis yang ada pada seseorang pelajar. Tesis ini panjangnya tidak melebihi 40,000 perkataan. Pelajar dikehendaki mempertahankan tesisnya dalam satu sidang ujian lisan yang dianggotai oleh para pemeriksa, termasuk penyelia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>KURSUS ELEKTIF<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6213 Kajian Litupan Bumi<\/span><br \/>\nKursus ini membincangkan perubahan guna tanah bagi tujuan pembangunan terutama litupan bumi. Perubahan guna tanah akan dikaitkan dengan isu global seperti perubahan biogeokimia dan kesannya kepada perubahan aras laut, kesan kepada gas rumah hijau dan kesan kepada aktiviti manusia. Selain itu kursus ini juga akan membincangkan faktor-faktor yang mendorong kepada perubahan guna tanah. Permodelan guna tanah juga akan diperkenalkan dalam merancang pembangunan guna tanah mapan bagi menjamin persekitaran yang sihat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6223 Geografi Pelancongan<\/span><br \/>\nKursus ini membicarakan aspek permintaan dan pernawaran kursus produk pelancongan serta implikasinya terhadap ruang. Antara isu yang diberi penekanan termasuklah pola pergerakan pelancongan, jenis-jenis destinasi pelancongan dan ciri-ciri tarikannya serta peranan agen-agen pelancongan dengan tumpuan kepada watak-watak utama dalam industri pelancongan. Selain itu perhatian juga akan diberikan terhadap pelbagai impak aktiviti pelancongan juga isu-isu perancangan pelancongan dengan tumpuan utama kepada Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6233 Kesihatan dan Alam Sekitar<\/span><br \/>\nKesihatan manusia adalah antara elemen modal insan yang dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar\/persekitaran. Kursus ini melihat bagaimana kaitan antara aras kesihatan manusia dan pelbagai keadaan alam sekitar semula jadi dan persekitaran manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6243 Pembandaran dan Pengurusan Bandar<\/span><br \/>\nWacana kursus ini ditumpukan kepada pembandaran, bandar dan pengurusan bandar dalam era globalisasi khususnya di Malaysia. Perbincangan meliputi corak pembandaran dan isu serta pengurusannya dengan fokus kepada demokrasi, kemiskinan bandar, perumahan, kualiti hidup bandar, pengurusan sisa, daya saing bandar dan pembangunan bandar lestari. Governans bandar dan peranan PBT dalam menyediakan perkhidmatan dan membangunkan bandar juga akan turut dibincangkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6253 Pengurusan Alam Sekitar<\/span><br \/>\nKursus ini membincangkan kepentingan pengurusan alam sekitar secara bersepadu dan holistik. Pelajar akan didedahkan kepada proses serta hubungkaitan antara komponen-komponen utama alam sekitar melalui aspek persekitaran fizikal dan manusia serta perubahan proses dan impaknya terhadap alam sekitar. Sorotan akan dibuat tentang keadaan semasa alam sekitar global dan tempatan sebagai asas untuk pengurusan. Pengurusan alam sekitar bersepadu akan ditinjau melalui cara perundangan dan cara bukan perundangan dalam konteks konsep dan prinsip pembangunan berterusan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAG6263 Pengangkutan, Pembangunan dan Transformasi Ruang<\/span><br \/>\nKursus ini membincangkan perkaitan antara pengangkutan dengan pembangunan ekonomi dan sosial penduduk serta kesannya terhadap struktur kawasan. Peranan negara dan syarikat multinasional dalam pembangunan pengangkutan akan turut dijelaskan. Perbincangan dimulakan dengan pelbagai komponen pengangkutan darat dan udara bagi penumpang dan barangan. Ini diikuti dengan huraian tentang peranan pengangkutan dalam peneroka dan pembangunan kawasan, persoalan pengurangan geseran jarak, faedah-faedah ekonomi dan sosial kepada penduduk, isu-isu keterancaman alam sekitar akibat peneroka kawasan baru, kesesakan trafik dalam Bandar dan kecelakaan jalanraya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>DOKTOR FALSAFAH &amp;\u00a0SARJANA FALSAFAH (GEOGRAFI)<\/strong><\/span><\/p>\n<p><strong>KURSUS WAJIB<\/strong><br \/>\n<span style=\"text-decoration: underline;\">SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial<\/span><br \/>\nPenyelidikan berkaitan isu sosial, pembangunan dan persekitaran memerlukan maklumat yang reliable daripada pelbagai sumber serta pemilihan kaedah pengumpulan data dan analisis yang wajar. Kursus ini membolehkan pelajar menulis cadangan penyelidikan, melakukan penyelidikan dan menginterpretsi hasil kajian. Liputan kursus ini merangkumi tajuk-tajuk seperti (a) dimensi penyelidikan, teori dan metodologi; (b) kaedah pengumpulan, pengurusan dan analisis data kualitatif dan kuantitatif; (c) rangka penyelidikan, cadangan penyelidikan dan persembahan hasil kajian; dan (d) metod penyelidikan yang spesifik mengikut bidang. Pelajar juga diajar menjalankan kerja lapangan dan analisis data menggunakan SPSS.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">SKAP6014 Penulisan Akademik Sosial<\/span><br \/>\nPenyelidikan berkaitan persoalan social, pembangunan dan persekitaran memerlukan maklumat yang tepat daripada pelbagai sumber dan media, serta pemilihan kaedah pengumpulan dan analisis yang wajar. Bahagian pertama kursus ini bertujuan menjejaskan perancangan rekabentuk dan rasional mengikut tahap dalam sesuatu penyelidikan. Beberapa kaedah akan dibincangkan seperti pelbagai cara kajiselidik, temubual, pemerhatian dan cerapan. Perbincangan akan ditumpukan kepada aspek<br \/>\npengurusan data bagu tujuan analisis, pentafsiran dan persembahan. Kedua-dua kaedah kulitatif dan kuantitatif akan dibincangakan dalam mempersembahkan hasil penyelidikan. Bahagian kedua kursus ini bertujuan membincangkan kaedah penyelidikan yang lebih spesifik mengikut keperluan program.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SARJANA SAINS SOSIAL (GEOGRAFI) KURSUS WAJIB\u00a0(22 Unit\/22 Unit) SKAP6013 Wacana Pemikiran Sosial SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial SKAG6033 Kajian Lembangan Saliran SKAG6043 Pembangunan dan Alam Sekitar<a class=\"ut-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/sarjana-sains-sosial-geografi\/\"> &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1001003,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":149,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-2072","page","type-page","status-publish","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/2072","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1001003"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2072"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/2072\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2082,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/2072\/revisions\/2082"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ppspp\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}