loader image

𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀: 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐖𝐀𝐘 𝐈𝐆𝐒𝐂 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐏𝐏𝐓𝐂

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institute for Global Strategy and Competitiveness (IGSC), Sunway University yang diketuai oleh Prof. Pervaiz K. Ahmed (Director) dan Prof. Santha Vaithilingam (Deputy Director) bersama pasukan penyelidik kanan dan penganalisis penyelidikan.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai keunikan ekosistem Tasik Chini serta warisan budaya komuniti Orang Asli Jakun. Antara pengisian utama program termasuk:

𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑬𝒕𝒏𝒐𝒈𝒓𝒂𝒇𝒊 𝑶𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒔𝒍𝒊 𝑱𝒂𝒌𝒖𝒏:
Memberi pendedahan tentang budaya, adat resam, serta cabaran komuniti dalam mempertahankan kelangsungan hidup mereka.

𝑬𝒌𝒔𝒑𝒍𝒐𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑯𝒖𝒕𝒂𝒏:
Sesi eksplorasi berpandu mendalami keunikan biodiversiti dan memahami kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan.

𝑷𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑬𝒌𝒐𝒍𝒐𝒈𝒊 𝑻𝒂𝒔𝒊𝒌 𝑪𝒉𝒊𝒏𝒊:
Penerangan mengenai kepentingan ekologi tasik, isu pencemaran, kemerosotan habitat, dan inisiatif pemuliharaan yang sedang dilaksanakan.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memahami cabaran semasa, termasuk kemerosotan alam sekitar akibat pembalakan, perlombongan, serta perubahan sosio-ekonomi yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat Orang Asli Jakun.

Lawatan ini turut menyokong pencapaian beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), antaranya:

SDG 4: Pendidikan Berkualiti – Menyediakan pengalaman pembelajaran secara langsung tentang alam sekitar dan budaya.

SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan – Menyoroti usaha melestarikan budaya komuniti Orang Asli dalam persekitaran moden.

SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim – Meningkatkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim terhadap ekosistem semula jadi.

SDG 15: Kehidupan di Daratan – Menekankan kepentingan memelihara biodiversiti dan habitat hutan.

PPTC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IGSC, Sunway University atas kepercayaan yang diberikan, dan berharap lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dalam bidang pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti di masa hadapan.

#UKM #UniversitiWatanKita #PPTC #PPTCUKM #ALAFUKM #IlmuMutuBudi #UKMSharing 

 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM