loader image

Lawatan Pengurusan ECERDC Ke Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pada 29 Ogos 2022, pengurusan ECERDC diketuai oleh YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC telah melawat Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) bagi meninjau Projek Pemuliharaan dan Pemeliharaan Rizab Biosfera Tasik Chini (Fasa 3) yang sedang giat dilaksanakan di Pekan, Pahang.


Projek kerjasama strategik di antara ECERDC dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini adalah bertujuan untuk memastikan Tasik Chini terus kekal menjadi destinasi pelancongan ilmiah dan ekopelancongan.

Selain itu, ECERDC turut menjalin kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam usaha meningkatkan semula populasi teratai yang merupakan tumbuhan ikonik di Tasik Chini melalui projek penghasilan stok bahan tanaman serta mengguna pakai teknik tanaman menggunakan Flotilla sebelum ianya ditanam di persekitaran Tasik Chini.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Dr. Marryanna Lion, Pengawai Penyelidik FRIM dan Puan Nur Amelia Abas, Pengawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM

#PPTC #TasikChini #UKM #FRIM #ECERDC #WilayahEkonomiPantaiTimur

Skip to content