loader image

Lawatan Teknikal PLANMalaysia ke Tasik Chini

Pada 9 Mac 2022 yang lalu, Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) yang diketuai oleh Yang Berbahagia En Mohd Sukuran Taib, Pengarah Perancangan Wilayah, bersama dengan 10 orang lagi wakil daripada Jawatankuasa Perancangan Wilayah Bagi Kawasan Persempadanan Antara Daerah Pekan – Kuantan – Kemaman – Dungun – Jerantut (JPW-PAKADJ).
 
Tujuan lawatan ini adalah sebagai lawatan teknikal ke beberapa lokasi sekitar Daerah Pekan bagi mendapatkan input berkenaan hala tuju pembangunan dan cadangan pembangunan dan mengenalpasti isu-isu pembangunan yang memerlukan penyelarasan di peringkat Wilayah PAKADJ terutamanya di Daerah Pekan.
 
Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak PLANMalaysia untuk melawat dan mendengar taklimat ringkas serta bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu pembangunan di sekitar Tasik Chini.
 
Ikuti media sosial kami yang lain untuk update terkini:
👉 Telegram: t.me/pptcukm
Skip to content