loader image

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.

Hari Kesihatan Mental Sedunia adalah satu usaha global untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kesihatan mental dan menggalakkan tindakan untuk meningkatkan kesejahteraan mental. Pada tahun 2023 ianya disambut dengan tema “Kesihatan Mental Adalah Hak Asasi Manusia Sejagat”.

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 ialah peluang untuk orang ramai dan komuniti bersatu di sebalik tema ‘Kesihatan Mental Adalah Hak Asasi Manusia Sejagat” untuk meningkatkan pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan memacu tindakan yang menggalakkan dan melindungi kesihatan mental setiap orang sebagai hak asasi manusia sejagat.

Kesihatan mental adalah hak asasi manusia untuk semua orang. Setiap orang, sesiapa sahaja dan di mana sahaja mereka berada, mempunyai hak untuk mencapai tahap kesihatan mental tertinggi yang boleh dicapai. Ini termasuk hak untuk dilindungi daripada risiko kesihatan mental, hak untuk mendapatkan penjagaan yang tersedia, boleh diakses, boleh diterima dan berkualiti, dan hak untuk kebebasan, kemerdekaan dan penyertaan dalam komuniti.

Kesihatan mental mampu mempengaruhi kualiti kehidupan seharian, tahap pembelajaran dan produktiviti seseorang jika tidak ditangani dengan berkesan.

Setiap daripada kita tidak keseorangan, dapatkan bantuan.

Skip to content