Sesi Taklimat Program Pembayangan Pemimpin

Sesi Taklimat Program Pembayangan Pemimpin telah diadakan pada 21 Jun 2022. Program ini merupakan salah satu program pembangunan kompetensi kepimpinan yang melibatkan barisan kepimpinan universiti semasa bersama dengan barisan pensyarah baharu atau muda.

Program akan berlangsung selama dua bulan bermula 1 Julai 2022 sehingga 31 Ogos 2022 yang melibatkan 72 orang pensyarah baharu atau muda di gred jawatan 51. Kelompok bakat ini merupakan bakal pemimpin universiti, maka program pembayangan pemimpin akan memberikan pendedahan, pengalaman serta pemerhatian dalam menerajui universiti pada masa kini dan masa hadapan.

Kecemerlangan dan kelestarian dalam memimpin universiti seharusnya dirancang lebih awal dan diberikan perhatian dalam mengukuhkan lagi institusi pendidikan negara.

Profesional-UKM mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua peserta yang terlibat dalam program pembayangan pemimpin.