Bicara Ikon Kepimpinan

Program Bicara Ikon Kepimpinan ini julung-julung kali di adakan dan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM). Program ini merupakan salah satu prakarsa baharu untuk menampilkan barisan kepimpinan Universiti kepada warga kerja terutamanya pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta tenaga akademik baharu dalam Program Kompetensi Kepimpinan UKM. Program Bicara Ikon Kepimpinan ini mengetengahkan konsep Talent, Education dan Development iaitu Bakat, Pendidikan dan Pembangunan kepada para peserta yang terlibat. Seramai 66 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik iaitu pensyarah baharu dan kakitangan P&P gred 52 ke atas dari pelbagai skim telah menghadiri program ini. Berikut merupakan butiran terperinci berkenaan program ini beserta aturcara program yang telah dirasmikan oleh wakil Naib Canselor UKM iaitu Y. Bhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa).

Tarikh : 12 November 2024 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 12.15 tengahari

Tempat : Bilik Senat, Aras 5, 

                  Bangunan Canselori, UKM 

Penceramah: YBhg. Dato’ Sri Dr. Irmohizam  

                       Ibrahim 

                                      Pengarah Urusan 

                                       Kumpulan World Trade Centre

                                       Kuala Lumpur (WTCKL)

                                       Level 3, 41 Jalan Tun Ismail 

                                       50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tajuk Ceramah : “Wacana Pengurusan dan Profesional: Perkongsian  

                             Pintar dan Kolaborasi Strategik dalam Membina  

                             Negara Bangsa”