Pemakluman: KOLOKIUM PEGAWAI PENGURUSAN & PROFESIONAL (K3P) SIRI 4/2018
Jemputan Menghadiri Kolokium Pegawai Pengurusan & Profesional (K3P) Siri 4/ 2018
Seperti sedia maklum, Kolokium Pegawai Pengu rusan & Profesional (K3P) telahpun dilaksanakan dan merupakan salah satu platform untuk para pegawai berkongsi ilmu dan pandangan daripada hasil menghadiri sesuatu konvensyen/seminar, program sangkutan serta berkongsi hasil kajian yang telah dijalankan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Program ini merupakan anjuran Profesional-UKM dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak KRA4 dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI) UKM. Selanjutnya, K3P Siri 4/2018 akan dilaksanakan dengan butiran seperti berikut:
Tarikh : 16 Oktober 2018 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori
Sehubungan itu, bagi pihak penganjur, Profesional-UKM dengan penuh takzimnya menjemput YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri K3P Siri 4/2018. Bersama-sama ini dilampirkan poster, atur cara dan senarai pembentang Kolokium K3P untuk makluman awal YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan.
Kesudian YBhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan memenuhi jemputan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Abstrak Pembentang