Sesi Libat Urus AKEPT dan Unit Latihan Universiti Awam

Sesi Libat Urus AKEPT dan Unit Latihan Universiti Awam telah diadakan pada 25 Julai 2022 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM).

YBhg. Dato’ Dr. Musa Hj. Ali, Pendaftar USM telah membentangkan pembangunan dan pelaksanaan Kerangka Kompetensi USM serta berkongsi pengalaman dan inovasi dalam pengurusan bakat di USM.

Dalam usaha melahirkan dan menyediakan kumpulan bakat (talent pool) untuk menjadi pemimpin pelapis universiti, USM telah merangka dan melaksanakan program pembangunan bakat kepimpinan yang dinamakan sebagai APEX PEARL. Perkongsian ilmu dan pengalaman ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, Ketua Kluster Kepimpinan USM.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada Encik Roslan Ismail, Pengarah Pusat Transformasi Insan (PTI) dan team PTI selaku tuan rumah bagi sesi libat urus kali ini. Terima kasih kepada AKEPT dan rakan kolaborasi UPNM bagi penganjuran sesi libat urus.