Sesi Perbincangan Strategik bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

 

Sesi Perbincangan Strategik bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan pada 24 Jun 2022. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada UMK di atas kepercayaan memilih UKM sebagai salah satu daripada lima universiti awam bagi membangunkan modul kompetensi generik pengurusan dan profesional bersama pihak AKEPT.

Kolaborasi ini akan menghasilkan modul latihan kompetensi generik yang akan digunakan oleh pihak AKEPT dan universiti awam.