Wacana BAKAT Pentadbir Universiti

Wacana BAKAT Pentadbir Universiti kali kedua telah diadakan pada 26 Julai 2022 dengan menampilkan Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari UKM dengan tajuk Strategik Pengurusan Kewangan: Mengubah Persepsi Memacu Prestasi.

Pada kali ini pembicara telah mengundang para pegawai Pengurusan dan Profesional dari pelbagai skim perkhidmatan di gred 48 ke atas untuk bersama dalam siri wacana ini. Bendahari UKM telah menyatakan dua agenda utama universiti iaitu Penjanaan Pendapatan dan Kebolehpasaran Graduan boleh dicapai dengan jayanya melalui dua pendekatan strategik dan operasi. Dengan memperkenalkan Sistem One-Line Budget (OLB), aktiviti penjanaan dan penjimatan dapat diterapkan di setiap PTJ bagi meningkatkan kecekapan perancangan dan pengurusan aliran tunai dengan lebih efisien seterusnya memfokuskan kelestarian kewangan universiti. Bendahari UKM juga menumpukan pelaksanaan e-dagang yang lebih menyeluruh di UKM.

Encik Mohd Azli Mohd Kasirun turut memberikan tanda penghargaan kepada beberapa pegawai Pengurusan dan Profesional atas usaha dan kerjasama yang diberikan. Profesional-UKM dan tetamu turut memberikan kejutan bersempena hari kelahiran beliau pada hari ini.

Profesional-UKM merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Bendahari UKM dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Wacana BAKAT pada hari ini. Jumpa lagi pada siri wacana yang akan datang.