PEJABAT PRO NAIB CANSELOR KAMPUS KUALA LUMPUR

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

BAHAGIAN KESELAMATAN KAMPUS KUALA LUMPUR

Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur diperingkat awalnya merupakan salah satu jabatan di dalam Hospital Canselor Tuanku Muhriz sejak dari awal penubuhannya dan dikenali sebagai Jabatan Keselamatan HCTM, walaubagaimanapun era masa kini menuntut perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada semua pelanggan bukan sahaja meliputi HCTM, malah terhadap semua entiti yang berada di Kampus Kuala Lumpur. Justeru UKM telah mengangkat Keselamatan menjadi sebahagian dari pengurusan Kampus Kuala Lumpur bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan UKM

MISI DAN VISI

Bahagian Keselamatan beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan dan penguatkuasaan peraturan yang cekap, tegas dan berbudi bahasa.

OBJEKTIF

  1. Menjaga keselamatan dan hartabenda di hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Kampus Kuala Lumpur UKM dan kejadian jenayah, kemalangan jalanraya, mencegah kebakaran dan menguatkuasakan peraturan Kaedah Tatatertib Akta Universiti.
  2. Memastikan pencegahan kes kecurian yang berlaku melibatkan harta benda milik hospital Canselor Tunku Muhriz dan Kampus Kuala Lumpur UKM di jabatan/wad/klinik dan kawasan gunasama dalam keadaan terkawal.
  3. Memastikan keselamatan pelanggan di hospital Canselor Tuamku Muhriz dan Kampus Kuala Lumpur UKM adalah dalam keadaan terkawal.
  4. Memastikan rondaan dibuat sekurang-kurangnya 2 kali di wad-wad hospital Canselor Tuanku Muhriz

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

 

MAKLUMAT LANJUT

Jabatan Keselamatan KKL UKM

,Aras B-Blok Klinikal, Kampus Kuala Lumpur
Jalan Yaacob Latiff, Bdr Tun Razak,56000
Cheras Kuala Lumpur