Seminar Psikometrik dalam Pengajian Islam

 Psikometrik untuk Keberkesanan Maksima

Pengenalan

Psikometrik meningkatkan keberkesanan tadbir urus, pendidikan, kewangan Islam, zakat, dan wakaf. Melalui ukuran atribut psikologi seperti kognisi, emosi dan tingkah laku, psikometrik membantu dalam pembuatan keputusan yang lebih berkesan dan adil. Psikometrik menyediakan data tepat bagi governan Islam mengenai keperluan komuniti dan membolehkan penggubal dasar merancang polisi yang inklusif. Psikometrik juga membantu dalam pendidikan sumber manusia dan pengagihan sumber ekonomi mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat. Solusi psikometrik meningkatkan keberkesanan dasar, memastikan pengagihan sumber yang adil dan mempromosikan kesejahteraan sosial selaras dengan prinsip keadilan dan rahmah dalam ajaran Islam.

Objektif

  • Untuk menyebar luas kesedaran tentang keperluan psikometrik dalam tadbir urus organisasi Islam
  • Untuk menekankan kepentingan membuat keputusan dan penyelidikan berasaskan data berkaitan pengajian dan hal ehwal Islam melalui bidang psikometrik.
  • Untuk mengukuhkan hubungan profesional dan kerjasama antara Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), FPI UKM sebagai institusi akademik dengan Badan-Badan Autoriti Hal Ehwal Islam dan NGO profesional seperti Malaysian Psychometrics Association.