Kata Aluan Pengerusi

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM, serta Persatuan Psikometrik Malaysia diberi peluang berkerjasama dalam menganjurkan seminar yang julung kali diadakan ini. Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda semua dalam Seminar Psikometrik dalam Pengajian Islam.
Sebagai entiti dan organisasi Islam, kami percaya bahawa psikometrik sebagai alat pengukuran mampu meningkatkan kompetensi kita dalam memperkukuh pengurusan, pentadbiran, serta penyelidikan dalam hal-ehwal dan pembangunan umat Islam. Setiap ujian, setiap ukuran yang ditentukan, mempunyai kesan yang besar kepada individu, organisasi, dan negara, sama ada dari segi psikologi, sosial, mahupun ekonomi. Oleh itu, kesedaran tentang penggunaan psikometrik yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, serta jauh dari unsur penyalahgunaan, amatlah penting.
Tagline *’Psikometrik untuk Keberkesanan Maksima’* diharap dapat membantu organisasi anda dalam usaha memartabatkan nilai-nilai Islam seperti keadilan sosial. Semoga seminar ini memberi inspirasi dan keyakinan kepada para peserta untuk mengoptimakan penggunaan psikometrik.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, khususnya Fakulti Pengajian Islam UKM dan ahli jawatankuasa, yang telah menyokong dan bertungkus-lumus menjayakan usaha ini.
Sekian, **wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh**.
Prof Madya Dr. Kaseh Abu Bakar,
Pengerusi,
Seminar Psikometrik dalam Pengajian Islam
—