Program Kacau Bubur Lambuk 2025
Alhamdulillah, Persatuan Pembantu Tadbir & Pembantu Khidmat Am (dulunya dikenali sebagai Pembantu Operasi) UKM dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Sokongan, Fakulti Pengajian Islam, UKM (BAKKAS) dan Pusat Islam UKM telah mengadakan Program Kacau Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan 2025 pada 20 Mac 2025 (Khamis) bermula jam 7.30 pagi bertempat Masjid UKM dengan jayanya.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada AJK, sukarelawan dan penyumbang dana yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.