Abdul Ghafar Ibrahim

Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia

Abdul Ghafar Ibrahim merupakan tokoh seniman yang sangat dikenali masyarakat Malaysia dan merupakan salah satu pencipta dan penyair terbaik. A.Ghafar dilahirkan di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor pada 31 Ogoas 1943. Abdul Ghafar Ibrahim merupakan anak kepada seorang pengembara iaitu Ibrahim bin Khatib Husin yang sering berulang-alik antara Semenyih, Singapura dan Sumatera. Ayahnya sering membuat berbagai-bagai pekerjaan, disamping bergiat di dalam bidang penulisan dengan memakai nama samaran “Arab Street” ketika menulis di ruangan pojok dalam akhbar Warta Malaysia Singapura pada tahun 1930-an. A.Ghafar banyak didedahkan oleh neneknya mengenai cerita-cerita penglipur lara dan hikayat-hikayat zaman dahulukala yang amat mengasyikkan. Kedua-dua faktor ini membenihkan minat beliau dalam dunia kesusateraan Melayu. Minat-minat ini dipertajamkan lagi oleh nyanyian-nyanyian puisi daripada kaba-kaba Minangkabau dan terutamanya daripada cerita-cerita Sabai Nan Aluih. Pelbagai acara atau majlis yang dijalankan suatu ketika dahulu yang mengalunkan dan mendendangkan puisi, qasidah dan berzanji yang telah mempesonakan kreativiti A.Ghafar. 

Nyatalah bahawa kehidupan kesenian di kampungnya amat mempengaruhi jiwa persajakan dan menjadikan beliau seorang seniman kesusateraan Melayu hingga zaman kini. Ini ditambah lagi dengan kegiatan Silat Pencak yang dipelajarinya dan kegiatan tarian piring, sebuah tarian asli yang diajar daripada generasi ke generasi.

Latar Belakang Pendidikan

1950-1962 

Ghafar Ibrahim mendapat pendidikan awal sehingga darjah tiga di Sekolah Melayu Beranang, Selangor dari tahun 1950-1952. Kemudian beliau belajar sehingga darjah enam di Sekolah Rendah Inggeris, Semenyih, dari tahun 1953-1957. Beliau belajar di sekolah agama pada waktu petang di kampung dalam tahun 1956-1957. A.Ghafar lulus lower Certificate of Education di Kishan Dial School, Kuala Lumpur dalam tahun 1960. Kemudian beliau memperolehi Malaysian Certificate of Education di High School, Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1962.

1965-1972

Diterima masuk untuk menjalani latihan perguruan selama dua tahun di hujung minggu dan juga waktu cuti penggal persekolahan. Sewaktu menerima latihan perguruan beliau juga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kedah pada tahun 1965 dan di Sekolah Menengah Kulim, Kedah pada tahun 1966-1968 dan tahun 1970. Pada tahun 1968 beliau sekali lagi mengikuti kursus Pendidikan Seni Lukis di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Kuala Lumpur selama satu tahun. Pada tahun 1972 beliau menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan.

1974-1977

Mengikuti Pendidikan Seni Halus di College of Visual and Performing Arts atas Bachelor of Fine Arts dari Northern Illinois University. Beliau juga mengambil Ijazah Master of Arts dari Eastern Illinois University, Charleston, Amerika Syarikat pada thaun 1977. Selama menuntut di kedua-dua universiti tersebut, beliau dihadiakan dalam pengecualian dalam membayar yuran pengajian.

Kerjaya 

Setelah tamat pengajian, A.Ghafar telah memulakan kerjayanya iaitu menjadi seorang pensyarah sambilan yang mengajar bidang grafik di Sekolah Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara, Shah Alam (Oktober 1978-Disember 1979). Pada waktu yang sama, beliau juga mengajar seni lukis untuk pelajar tingkatan enam pada setiap hari Sabtu di Yayasan Anda, Kuala Lumpur. Pada bulan Januari 1980, A.Ghafar bertugas pula sebagai pensyarah pendidikan seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Setelah berkhidmat selama dua tahun 10 bulan di MPIK, beliau telah meletakkan jawatannya untuk berkhidmat sebagai pensyarah pendidikan di Pusat Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari November 1982 sehingga kini. 

Penglibatan Abdul Ghafar di dalam dunia Seni.

                         

Bakat yang dipendam oleh A.Ghafar sejak kecil telah dipamerkan di Akhbar Mingguan terbitan Utusan Melayu dengan menyiarkan tulisan A.Ghafar dalam bentuk berita, makalah dan hikayat sejak beliau berada di usia 13 tahun. Apabila meningkat dewasa, pelbagai penglibatan yang telah diceburi oleh Abdul Ghafar yang merupakan seorang karyawan dan seniman yang amat dikenali. Di dalam kegiatan penulisan, beliau pernah dilantik sebagai sidang pengarang majalah GATRA (sebuah persatuan penulis) di Kedah pada tahun 1967, 1968 dan 1970. Beliau pernah menjadi sidang pengarang majalah tahunan MPIK dalam tahun 1969 dan Asian Editor, untuk majalah New Poetry, iaitu Magazine of the Poetry Society of Australia dalam tahun 1974. 

Selain itu, belaiu sering dilantik menjadi hakim peraduan melukis poster, lukisan kanak-kanank, deklamasi sajak dan pada tahun 1985, A.Ghafar menjadi panel hakim di dalam bahagian puisi di dalam peraduan menulis puisi Selangor Darul Ehsan. Setelah beberapa penulisan yang dihasilkan dalam bentuk berita, beliau telah beralih kepada penulisan sajak. Kegiatan beliau dalam penulisan sajak di dalam beberapa tahun telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan konsep Tri-3V/3P pada tahun 1969 yang boleh diaplikasikan oleh penulis sajak dan juga penyair dan konsep ini mula diterbitkan ada tahun 1979. . Verbal- Vokal -Visual / Perkataan-Vokal – Penglihatan.

Penggunaan konsep 3V, telah memantapkan pembacaan puisi belaiu dan dipersembhkan dalam bentuk tariaan piring, bersilat dan teaterikal. Pada tahun 1974 dan 1975, beliau telah membuat persembahan membaca puisi secara perseorangan dan kumpulan di dalam dan luar negeri.

Hasil Karya Abdul Ghafar Ibrahim.

Abdul Ghafar telah menghasilkan pelbagai karya yang telah memberi impak kepada seluruh pembaca, penulis dan penyair terutamanya. Beliau telah menghasilkan penulisannya lebih dari 20 buku yang berkaitan puisi, sajak dan beberapa penulisan yang diterbitkan di akhbar. Daripada penceritaanya melalui tembual yang dijalankan oleh pihak ITBM tv, beliau memulakan penulisannya sejak dari tingkatan satu dan penulisannnya diterbitkan di akhbar Utusan Melayu, Sejak daripada itu, beliau banyak melibatkan aktiviti dari segi penulisan. Antara karya sulongnya ialah buku antologi yang berjudul Tan Sri Bulan (1973).

Antara bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan
 

Siaran Serupa

  • Mohd Safar Hashim

    Latar Belakang Mohd Safar Hashim adalah ahli akademik dan penulis beberapa buah buku di Malaysia. Prof Dr. Safar Hashim dilahirkan pada tahun 1948 di Butterworth, Pulau Pinang.  Pendidikan Beliau memulakan persekolahan di St Mark’s Primary School, Butterworth di peringkat rendah dan St Mark’s Secondary School, Butterworth pada peringkat menengah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di…

  • Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

    LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN : Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan anak jati Negeri Perak yang dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan di High School Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England pada tahun 1963. Kemudian, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura pada…

  • Ahmad Nikmat Harun

    Ahmad Nikmat Harun     Latar belakangAllahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika…

  • Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali

    Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali     LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN: Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali dilahirkan pada 11 Julai 1946 di Jasin, Melaka. beliau mendapat pendidikan menengahnya di Melaka High School. Selepas tamat alam persekolahan beliau melanjutkan pelajaran Queen’s University di Belfast, Ireland Utara. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar lulus…

  • Haji Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa

      Ahli organisasi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan bekas Yang Dipertua yang pertama. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Latar belakang Nama Allahyarham sebenar adalah Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa bin Abdul Samad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kelantani. Allahyarham dilahirkan pada 23 Oktober 1923. Allahayrham berketurunan ulama di Kelantan. Atas faktor ini, didikan agama…

  • J.V. D’CRUZ

      Profesor J.V. D’Cruz menyertai UKM sebagai cendekiawan pelawat selama tiga bulan pada tahun 1996, dan kemudiannya, sebagai Profesor tambahan di Fakulti Pengajian Bahasa UKM dari 1999 hingga 2001. Semasa berada di UKM, beliau berjaya membantu 10 tenaga pengajar UKM untuk menerbitkan buku mereka. Beliau menyertai Dr. Supyan Hussin, bersama-sama dengan Assoc Prof Dr Noreiny…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *