Waktu Operasi Perpustakaan
Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 8.30 pagi – 12.15 tengah hari & 2.45 petang – 5.00 petang
Sabtu – Ahad & Cuti Umum : Tutup
Perpustakaan Pra-Klinikal
Perpustakaan Praklinikal yang berkeluasan 10,000 kaki persegi ini terletak di Aras 3 dan 4 Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM. Perpustakaan ini mula dibuka pada 3 November 2014, namun perkhidmatan peminjaman dan pemulangan hanya bermula pada 11 Februari 2015. Perpustakaan Praklinikal ditubuhkan khusus bagi memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang praklinikal seperti Anatomi, Fisiologi, Parasitologi & Entomologi, Biokimia, Farmakologi, dan Mikrobiologi & Immunologi. Perpustakaan Praklinikal bermula dengan belanjawan awal sebanyak RM20,000, koleksi awalnya bermula dengan 805 naskhah bahan bercetak dan 16 naskhah bahan media, koleksi ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada koleksi milik Perpustakaan PPUKM sebanyak 435 naskhah dan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff sebanyak 370 naskhah, koleksi awal ini mula dipindahkan ke Perpustakaan Praklinikal pada 9 Februari 2015.
Hebahan@Praklinikal
Sumber Maklumat
Pelanggan boleh mengakses pangkalan data e-jurnal, e-buku, e-prosiding, e-tesis dan sebagainya dari dalam dan luar kampus. Login menggunakan ID & Katalaluan SMPWEB / EWARGA
Informasi@Praklinikal
Audit Pengawasan SPKPPP oleh SIRIM QAS International
Pada 08/05/2025, Perpustakaan Praklinikal telah menjalani Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan Perpustakaan (SPKPPP) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Audit ini bertujuan memastikan pematuhan berterusan terhadap piawaian sistem pengurusan kualiti UKM.
Audit Dalaman Bersepadu Perpustakaan Praklinikal
Pada 05/02/2025, Perpustakaan Praklinikal telah menjalani Audit Dalaman Bersepadu oleh auditor dalam UKM. Audit ini bertujuan untuk memastikan setiap proses kerja mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan, mengesan sebarang ketidaksesuaian serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dalam perpustakaan.
Buku Baharu 2025
- Permohonan Pay Per View
- Permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan
- Permohonan Pembelian Bahan
- Pencarian Bahan
- Perkhidmatan Door to Door (perkhidmatan penghantaran pinjaman bahan perpustakaan)
- PTSL Drive-Thru (pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan)
Koleksi
Koleksi Am
Koleksi akses terbuka ini terdiri daripada buku teks dalam bidang Perubatan dan Sains Kesihatan iaitu merangkumi buku dalam bidang Anatomi, Biokimia, Fisiologi, Mikrobiologi, Farmakologi, Parasitologi & Entomologi dan UMBI. Bahan-bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam oleh ahli Perpustakaan berdasarkan kelayakan kategori masing-masing.
Koleksi Tesis
Koleksi ini mempunyai awalan ‘Tesis’ pada nombor panggilan buku dan ditempatkan di aras 4 perpustakaan. Bahan-bahan ini hanya boleh dipinjam oleh ahli akademik sahaja dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja bagi pengguna lain.
Koleksi Bacaan Ringan
Koleksi ini ditempatkan di aras 3 Perpustakaan Praklinikal di mana ianya mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca di ruang bacaan sudut ini sahaja dan dibenarkan untuk dipinjam seperti buku-buku di Koleksi Am.
Koleksi Jurnal
Koleksi jurnal di Perpustakaan Praklinikal terletak di aras 4. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.
Perkhidmatan
PELAJAR DAN KAKITANGAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Pelajar Prasiswazah | 7 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
2. | Pelajar Pascasiswazah | 20 buah/ 40 hari | 1 buah/ 7 hari |
3. | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
4. | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat) | 10 buah/ 30 hari | 1 buah/ 14 hari |
5. | Pegawai Universiti | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
6. | Kakitangan Sokongan | 5 buah/ 14 hari | 1 buah/ 14 hari |
7. | Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
8. | Permata Pintar | 3 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
9. | Asasi Pintar | 5 buah/14 hari | 1 buah/ 3 hari |
AHLI LUAR PERPUSTAKAAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
3. | Pelajar Luar Negara | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
4. | Kakitangan Kerajaan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
6. | Orang Perseorangan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
7. | Pesara UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
8. | ALUMNI UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
9. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
DENDA LEWAT PEMULANGAN BUKU
Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:
- Koleksi Am RM0.50/Sehari
Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)
DENDA MENGHILANGKAN BUKU
Denda akan dikenakan seperti berikut:
- Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
- Denda lewat pemulangan buku (jika ada).
DENDA LEWAT PEMULANGAN KUNCI LOKAR
Kadar denda seperti berikut:
- Sebuah lokar RM1.00/Sehari
Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM
Bil | Kategori | Yuran Tahunan (RM) – SEPENUH MASA | |
RUJUKAN | PINJAMAN | ||
1 | Pelajar Prasiswazah (Warganegara) | PERCUMA | 50.00 |
2 | Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara) | PERCUMA | 70.00 |
3 | Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 150.00 75.00 (SEPARUH MASA) |
4 | Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 200.00 100.00 (SEPARUH MASA) |
5 | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | PERCUMA | 50.00 – 70.00 |
6 | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat) | PERCUMA | 75.00 – 200.00 |
7 | Pegawai Universiti | PERCUMA | PERCUMA |
8 | Kakitangan Sokongan | PERCUMA | PERCUMA |
9 | Permata Pintar | PERCUMA | PERCUMA |
10 | Asasi Pintar | PERCUMA | 100.00 |
* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan
Keahlian Luar Perpustakaan
Bil. | Kategori | Yuran Tahunan (RM) | Kelayakan Keahlian Berbayar | ||
Rujukan | Pinjaman | Kemudahan | |||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN) |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN) | ||||
Keahlian Rujukan | RM100.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM200.00 | √ | √ | √ | |
3. | Pelajar Luar Negara* | ||||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
4. | Kakitangan Kerajaan* |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | ||||
Keahlian Rujukan | RM2,000.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM4,000.00 | √ | √ | √ | |
6. | Pesara UKM |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | X | |
7. | Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | √ | |
8. | Alumni UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
9. | Orang Perseorangan | ||||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
10. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM10.00 | √ | √ | √ | |
11. | Ahli Harian |
| |||
Keahlian Rujukan | RM20.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | |
12. | Pelajar Sekolah Menengah |
| |||
Keahlian Rujukan | Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | |
*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.
Perpustakaan menawarkan perkhidmatan pembaharuan pinjaman dan tempahan bahan secara dalam talian melalui sistem GEMILANG. Pengguna boleh memperbaharui pinjaman atau menempah bahan yang sedang dipinjam dengan mudah melalui katalog awam dalam talian. Perkhidmatan ini boleh diakses pada bila-bila masa melalui http://gemilang.ukm.my, memberikan kemudahan dan kecekapan dalam menguruskan sumber perpustakaan.
Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran/ pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir bagi mendapatkan bahan/ artikel daripada perpustakaan luar kerana bahan/ artikel berkaitan tidak terdapat di Perpustakaan UKM.
Caj Perkhidmatan
1. Bahan daripada Perpustakaan Dalam Negara
Semua artikel dan buku daripada perpustakaan dalam negara adalah PERCUMA.
2. Bahan daripada Perpustakaan Luar Negara (British Library)
a. Akademik
Item | Caj |
Artikel | Percuma bagi 5 artikel pertama setiap tahun |
Buku | RM20.00 bagi setiap buku |
b. Pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir
Item | Caj |
Artikel | Percuma bagi 3 artikel pertama setiap tahun |
Buku | RM20.00 bagi setiap buku |
- Perpustakaan menyediakan perkhidmatan permohonan pembelian buku/media/tesis baharu adalah terhad kepada warga UKM (pensyarah/penyelidik/kakitangan/pelajar pasca siswazah).
- Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan untuk memperolehi artikel jurnal daripada beberapa pengumpul data atau penerbit yang tidak dilanggan oleh perpustakaan.
- Pelanggan boleh membuat permohonan melalui sistem LibQuest iaitu di https://libquest.ukm.my
- Log masuk ke dalam sistem adalah sepertimana ID dan Katalaluan Sistem Maklumat Pelajar (SMP) / Sistem Maklumat Kakitangan (SMK).
- Panduan permohonan oleh pelanggan boleh dirujuk pada menu GUIDE (di sebelah kiri halaman).
Buku baharu perpustakaan akan dipamerkan di Aras 3 dan boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan. Tujuan paparan adalah untuk mempromosikan buku yang baru dibeli kepada pengguna perpustakaan.
Kemudahan
BILIK PERBINCANGAN
Bilik Perbincangan menyediakan ruang selesa untuk perbincangan berkumpulan dan sesi kerja bersama. Setiap bilik dilengkapi dengan meja, kerusi, papan putih, dan pen marker. Pengguna boleh menempah bilik ini secara percuma di Kaunter Perpustakaan.
BILIK MESYUARAT
Bilik Mesyuarat dilengkapi dengan kemudahan seperti projektor, papan putih, dan Smart TV untuk kegunaan mesyuarat, perbincangan, atau sesi pembentangan. Bilik ini boleh ditempah mengikut keperluan pengguna.
MAKMAL KOMPUTER
Makmal Komputer menyediakan kemudahan komputer dengan akses internet untuk kegunaan pengajaran, pembelajaran, latihan, dan kerja projek. Ia boleh menampung sehingga 18 pengguna pada satu masa dan boleh ditempah mengikut keperluan.
LOKAR
Lokar disediakan secara percuma untuk pelanggan perpustakaan bagi menyimpan barang peribadi dengan selamat. Pengguna perlu mendaftar di kaunter dan mengembalikan kunci sebelum pukul 5.00 petang. Denda RM1.00 sehari akan dikenakan bagi kelewatan pemulangan kunci.
RUANG BACAAN 24-JAM
Ruang 24-Jam adalah ruang pembelajaran yang beroperasi sepanjang masa, menyediakan persekitaran yang selesa untuk pengguna mengulang kaji atau berbincang pada bila-bila masa. Ia dilengkapi dengan Wi-Fi dan penghawa dingin untuk keselesaan maksimum.
WI-FI
Kemudahan Wi-Fi disediakan secara percuma di seluruh perpustakaan untuk memudahkan pengguna mengakses maklumat dalam talian. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
Ruang 24-Jam adalah ruang pembelajaran yang beroperasi sepanjang masa, menyediakan persekitaran yang selesa untuk pengguna mengulang kaji atau berbincang pada bila-bila masa. Ia dilengkapi dengan Wi-Fi dan penghawa dingin untuk keselesaan maksimum.
RUANG SANTAI
Terdapat Ruang Santai di aras 3 dan 4 perpustakaan yang lebih cantik, selesa dan menarik untuk pengguna mengulang kaji dengan yang lebih santai.
SUDUT DIGITAL
Sudut Digital menyediakan akses kepada komputer, internet berkelajuan tinggi, dan sumber digital seperti e-buku dan jurnal elektronik. Ruang ini direka untuk memudahkan pengguna dalam penyelidikan dan pembelajaran secara interaktif.
RUANG KAREL
Ruang Karel adalah ruang belajar individu yang selesa dan tenang, sesuai untuk pengguna yang memerlukan fokus tanpa gangguan. Ia dilengkapi dengan meja, kerusi, dan pencahayaan yang baik untuk keselesaan maksimum.
Kakitangan Perpustakaan
AZHARI SAHAMIR
PENOLONG Pustakawan Kanan (S12)
Ketua Perpustakaan Pra-Klinikal
azhari@ukm.edu.my
Tel: 03 91458692
Mohd Azriq Alwizam Ayub
Pembantu Pustakawan (S1)
Unit Perolehan
azriq@hctm.ukm.edu.my
Tel: 03 91458691
emildayuslinda kamaluddin
Pembantu Pustakawan (s2)
Unit Pengkatalogan
emildayuslinda@ukm.edu.my
Tel: 03 91458691
Muhammad Hafizuddin Eusof
Pembantu Pustakawan (S1)
Unit Pengindeksan
mhafizuddin@ukm.edu.my
Tel: 03 91458691
Ashraf Azrul Ahmad Kamel
Pembantu Pustakawan (S2)
Unit Perkhidmatan Pelanggan
ashrafazrul@ukm.edu.my
Tel: 03 91458740
Muhammad Wafi Azizi
Pembantu Pustakawan (S2)
Unit Perkhidmatan Pelanggan
wafi@hctm.ukm.edu.my
Tel: 03 91458740
Hubungi Kami
Perpustakaan Pra-Klinikal
Aras 3, Bangunan Praklinikal,
Kampus Kuala Lumpur, Hospital Canselor Tuanku Muhriz,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-9145 8740 (Khidmat Pelanggan) / 8691 (Pejabat)
E-mel: ppraklinikal@gmail.com








