INOVASI PERPUSTAKAAN

Produk Inovasi (Pembangunan Sistem)

Pangkalan data Indeks Statut@PUU dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pencarian statut dengan mengindeks semua bahan statut lama pada tahun 1881 hingg 1959. Statut adalah tulisan undang-undang suatu negara yang dilakar dan digubal oleh pihak legislative dan kemudiannya diiktiraf oleh cabang eksekutif dalam kerajaan dan selepas itu diterbitkan sebagai Warta Kerajaan.

Inovasi telah dibangunkan oleh Kumpulan  Mizan pada tahun 2019.

Sistem yang diwujudkan untuk merekodkan maklumat komputer dan peralatan ICT perpustakaan. Ini adalah bagi memudahkan pencarian maklumat komputer yang diperlukan.  Semakan seperti maklumat pemilik, lokasi, no. IP dan lain-lain dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Maklumat komputer yang diperlukan oleh pihak pengurusan, audit dan lain-lain dapat dibekalkan dengan segera. 

Inovasi telah dibangunkan oleh Kumpulan Smart pada tahun 2019.

Sistem Permohonan Alatan Pejabat adalah sistem yang diwujudkan untuk urusan permohonan pembekalan alatan pejabat secara atas talian. Setiap unit perlu membuat permohonan melalui sistem ini, dan alatan pejabat boleh diambil di Pejabat Pentadbiran.

Inovasi telah dibangunkan oleh Kumpulan  Desire pada tahun 2019.

Indeks Dewan Bahasa dan Pustaka (IDBP) merupakan pangkalan data yang mengandungi lebih 67,000 maklumat bibliografik artikel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selepas carian dalam IDBP dilakukan, rujukan/salinan kepada artikel teks penuh boleh dilakukan di Unit Jurnal Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM. Inovasi ini membolehkan pencarian artikel dalam majalah terbitan DBP dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan.

Inovasi telah dibangunkan oleh Kumpulan Mutiara pada tahun 2015.

Perkhidmatan pinjaman dan pembekalan buku kepada pelanggan di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Buku yang ditempah akan dipinjam dan diserahkan kepada pelanggan di Kaunter Pandu Lalu PTSL. Permohonan tertakluk kepada status buku yang dipohon. Jika sedang dipinjam pelanggan lain, buku tidak dapat dibekalkan. Sekiranya waktu pungutan buku tidak ditepati, pelanggan diminta mengambilnya di Meja Penasihat Pembaca, Aras 4.

Inovasi telah dibangunkan oleh Kumpulan KLIK pada tahun 2014.

I-Quest berfungsi mengurus permohonan (i) pay per view, (ii) pinjaman bahan antara perpustakaan (iii) cadangan pembelian bahan baharu, (iv) pencarian bahan di rak, dan (v) maklum balas pelanggan. I-Quest mempunyai modul di peringkat pelanggan, penyedia perkhidmatan dan pentadbir sistem. 

Produk I-Quest merupakan produk inovasi Perpustakaan yang telah berjaya dikomersilkan oleh UKM melalui Syarikat Refrex Sdn Bhd (anak syarikat UKM TECHNOLOGY Sdn Bhd) pada tahun 2014

Fungsi sistem ini adalah untuk memantau/ mengesan pergerakan buku yang masih  dalam proses sama ada buku tersebut berada di peringkat perolehan, pengkatalogan atau telah disusun di rak. Ini adalah kerana terdapat pelanggan yang memohon buku yang masih dalam proses. Melalui sistem ini juga pengurusan dengan mudah dapat mengetahui tempoh masa buku diproses oleh kakitangan bagi pemantauan objektif kualiti. Inovasi ini dibangunkan oleh kumpulan ProTag pada tahun 2009 dan dinaiktaraf dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat pada tahun 2019. 

Produk Inovasi (Rekacipta Alat)

pmc

Portable Micro Clean (PMC)

PMC adalah alat mencuci mikrofilem yang mesra pengguna dan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Alat ini digunakan untuk mencuci mikrofilem yang berbau dan bermasalah. PMC dapat mempercepatkan proses penyelenggaraan bahan mikrofilem. Dibangunkan dengan kos yang rendah kerana menggunakan bahan terpakai. 

Inovasi telah dihasilkan oleh kumpulan SAVE pada tahun 2018.

Just Easy Glue Dispenser (JEG-D)

JEG-D adalah bekas gam mudah alih yang dicipta untuk mempercepatkan proses penjilidan bahan perpustakaan (tiada langkah bancuhan gam secara kerap). Fungsi “JEG-D” adalah tempat simpanan gam yang mesra pelanggan, gam tidak terdedah di udara dan mempunyai saiz kapasiti yang sama dengan bekas gam biasa iaitu 20KG.  

Inovasi telah dihasilkan oleh kumpulan SAVE pada tahun 2014.

Perpustakaan Tun Seri Lanang,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
603-89213446 / 019-2045652 (Telegram/Whatsapp)
603-89256067 (FAKS)