KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Koleksi Am

Menempatkan buku-buku akses terbuka dalam pelbagai bidang yang terletak di Aras 5, PTSL.  Buku-buku dalam koleksi ini boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan perpustakaan.

Koleksi Arab dan Tamadun Islam

Ditempatkan di Aras 4., PTSL  Ia terdiri daripada buku-buku dalam pelbagai bidang pengajian Islam, sejarah dan ketamadunan, bahasa Arab dan kesusasteraan.  Buku-buku ini terdapat dalam bahasa; Arab, Inggeris dan Melayu

Koleksi Asia Tenggara

Koleksi ini terletak di Aras 5, PTSL dan merupakan koleksi akses terhad yang meliputi pelbagai bidang. Pemilihan bahan-bahan adalah berdasarkan negara di  Asia Tenggara.  Bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi ini antaranya ialah buku, tesis pascasiswazah dan kertas kerja persidangan/seminar. 

Koleksi Dokumen

Koleksi Dokumen adalah koleksi terhad dan rujukan.  Ia terdiri daripada semua terbitan kerajaan pusat, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan terbitan badan berkanun serta negara-negara ASEAN.  Koleksi ini juga menempatkan bahan terbitan tertentu luar negara, terbitan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi. 

Koleksi Arkib UKM

Koleksi ini mengumpulkan bahan-bahan mengenai sejarah dan perkembangan UKM, merangkumi terbitan rasmi dan rekod universiti, karya ahli-ahli akademik terbitan fakulti/ jabatan, terbitan penerbit UKM serta lain-lain terbitan warga kampus.  Bahan penerbitan warga UKM juga boleh diakses melalui sistem e-Repositori Penerbitan. Merupakan koleksi tertutup dan boleh dirujuk semasa waktu pejabat di Aras 6, PTSL.

Koleksi Khas

Koleksi ini mengumpulkan buku-buku nadir, manuskrip, bahan habis cetak, penerbitan klasik dan koleksi peribadi.  Himpunan ini merangkumi Koleksi Prof. J. Schact, Koleksi Harun Aminurrashid, Koleksi Sastera Peranakan Cina-Indonesia dan beberapa koleksi ahli akademik UKM.  Koleksi tertutup ini boleh dirujuk semasa waktu pejabat di Aras 6, PTSL.  

Koleksi Tun Ahmad Sarji

Koleksi Tun Ahmad Sarji adalah naskhah bahan yang telah disumbangkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat pelbagai bidang rujukan seperti perkhidmatan awam, korporat, warisan dan kesenian, keagamaan, kemasyarakatan serta sukan.  Bahan-bahan ini boleh dirujuk dan ditempatkan khas di Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji, Aras 4, PTSL.

Koleksi Rujukan

Koleksi ini berada di aras 4, PTSL dan menempatkan bahan-bahan rujukan dalam pelbagai bidang dari karya am, sejarah, sains dan teknologi, sains kemasyarakatan, perubatan sehinggalah ke bidang sains perpustakaan.  Ia terdiri daripada bahan rujukan seperti kamus, ensaiklopedia, buku tahunan, atlas, almanak, abstraks, indeks, bibliografi dan sebagainya.  Bahan ini hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

Koleksi Tanda Merah

Menempatkan bahan bacaan utama bagi kursus yang diajar di UKM atau sebagai bacaan wajib yang disyorkan oleh pensyarah.  Bahan ini boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan perpustakaan.  Koleksi ini terletak di Aras 5, PTSL.

Koleksi Haram

Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan yang diharamkan pengedarannya kepada umum oleh kerajaan.  Buku-buku ini boleh dirujuk dengan syarat pelanggan membawa surat sokongan dari Ketua Jabatan.  Koleksi ini ditempatkan di Unit Perkhidmatan Pelanggan, Aras 4, PTSL.  Rujukan boleh dibuat waktu pejabat sahaja.

Koleksi Bacaan Ringan

Koleksi ini terletak di Aras 5, PTSL dan terdiri daripada bahan bacaan ringan dan popular. Bahan ini boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan perpustakaan. 

Koleksi Jurnal

Koleksi ini menempatkan jurnal-jurnal terkini dan kebelakangan dalam pelbagai bidang/perkara.  Terdapat lebih dari 140,000 naskhah jurnal atau hampir 5,000 judul jurnal berada di koleksi ini.   Koleksi jurnal terdiri daripada beberapa kole ksi kecil seperti jurnal dan majalah tempatan, jurnal kebelakangan, jurnal simpan, jurnal kompaktus dan akhbar harian.

Koleksi Media

Koleksi ini menempatkan bahan media terdiri daripada bahan mikro dan pandang dengar dalam pelbagai bidang perkara.  Ini termasuklah bahan berbentuk dvd, vcd, cd-rom, kaset, slaid, kit dan lain-lain. Jenis-jenis penerbitan yang terdapat dalam koleksi ini adalah seperti akhbar kebelakangan dan latihan ilmiah.  Koleksi Media ditempatkan di Unit Multimedia, Aras 2, PTSL dan ia merupakan koleksi akses tertutup. 

Koleksi Pilih Simpan

Koleksi ini menempatkan buku-buku yang telah lama tidak dipinjam oleh pelanggan perpustakaan.  Buku-buku ini diletakkan di bilik khas.  Pelanggan yang ingin merujuk/meminjam buku ini perlu memohon di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Aras 4, PTSL.  Buku-buku di koleksi ini boleh dipinjam seperti buku Koleksi Am.

Koleksi Buku Baharu

Ditempatkan di Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Koleksi ini menempatkan buku-buku baharu yang diterbitkan dalam tempoh 3 tahun terkini meliputi pelbagai bidang pengajian. Buku-buku dalam koleksi ini boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan perpustakaan.

Koleksi Pengasas UKM

Koleksi Pengasas UKM menempatkan bahan sumbangan tokoh yang terlibat dalam penubuhan UKM. Mereka ialah Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid dan Dr. Syed Husin Ali. Terdapat pelbagai bidang rujukan yang bernilai tinggi yang boleh diperolehi seperti perkhidmatan awam, korporat, warisan dan kesenian, keagamaan, kemasyarakatan serta sukan. Antara bentuk bahan-bahan yang disumbangkan adalah buku, kertas kerja seminar, majalah, surat, koleksi gambar, laporan dan minit mesyuarat. Bahan ini ditempatkan di rak khas di dalam Zon Senyap Bestari, Aras 5.

Perpustakaan Tun Seri Lanang, 
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
+603-89213446  – Perkhidmatan Perundingan
019-2045652 – Telegram/Whatsapp 
603-89256067 (FAKS)
Email: helpdeskptsl@ukm.edu.my