{"id":13376,"date":"2026-11-06T10:13:25","date_gmt":"2026-11-06T02:13:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/?p=13376"},"modified":"2026-11-06T12:08:49","modified_gmt":"2026-11-06T04:08:49","slug":"migrasi-sistem-sierra-ke-koha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/migrasi-sistem-sierra-ke-koha\/","title":{"rendered":"Migrasi Sistem Sierra ke Koha"},"content":{"rendered":"<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Introduction<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perpustakaan UKM telah menggunakan Sistem Perpustakaan Bersepadu, Sistem Sierra sejak November 2019. Sistem ini menjadi nadi utama perpustakaan dengan pelbagai fungsi. Sistem ini telah dinaik taraf ke versi 6.0 dan kontrak penyelenggaraannya telah dilanjutkan sehingga&nbsp; Disember 2025. Namun Sistem Sierra telah menghampiri fasa <em>end-of-life<\/em> dan pihak prinsipal (Clarivate) telah memperkenalkan sistem baharu serta mencadangkan agar perpustakaan beralih kepada sistem tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atas inisiatif melihat pilihan yang lebih praktikal dan jimat, satu kertas kerja telah dibentangkan pada Mesyuarat Ketua Bahagian, Perpustakaan UKM Bil. 1\/2024 untuk mencadangkan pertukaran sistem ini kepada Sistem KOHA. Sistem Koha ialah satu <em>Integrated Library System (ILS)<\/em> atau sistem pengurusan perpustakaan berasaskan sumber terbuka (open-source) yang digunakan untuk mengurus operasi perpustakaan secara menyeluruh daripada katalog buku, sirkulasi (pinjaman &amp; pemulangan), keahlian pengguna, hingga laporan. Koha mula dibangunkan di New Zealand pada tahun 1999 dan kini digunakan oleh perpustakaan di seluruh dunia termasuk universiti, sekolah, dan organisasi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><a><\/a><strong>Mengapa Perlu Bertukar?<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left wp-block-paragraph\">Terdapat beberapa sebab utama mengapa peralihan ini sangat wajar dipertimbangkan. Salah satu sebab utama ialah kos di mana Sierra yang merupakan sistem komersial dengan kos penyelenggaraan tinggi yang berterusan, manakala Koha adalah sumber terbuka yang menawarkan kos yang lebih rendah dan mesra peruntukan. Ini memberi peluang kepada perpustakaan untuk mengurangkan perbelanjaan atau menyalurkan bajet kepada penambahbaikan lain seperti koleksi atau perkhidmatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, fleksibiliti menjadi faktor penting. Koha membolehkan perpustakaan menyesuaikan sistem mengikut keperluan sendiri, sama ada dari segi fungsi, antaramuka, atau integrasi dengan sistem lain. Berbeza dengan Sierra yang lebih bergantung kepada pihak prinsipal. Koha memberi lebih kawalan kepada perpustakaan terhadap sistem mereka sendiri. Ini sangat berguna jika perpustakaan mempunyai keperluan khusus atau ingin berinovasi dalam perkhidmatan digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Faktor komuniti dan sokongan juga memainkan peranan. Koha mempunyai komuniti global yang aktif, di mana pengguna dan pembangun sentiasa berkongsi penambahbaikan, plugin, dan penyelesaian kepada masalah. Ini bermaksud sistem sentiasa berkembang dan dikemas kini tanpa bergantung sepenuhnya kepada satu vendor sahaja. Walau bagaimanapun, keputusan untuk bertukar bukan tanpa risiko. Ia memerlukan perancangan, sumber, dan kesediaan perpustakaan. Namun, dari segi manfaat jangka panjang seperti penjimatan kos, kawalan sistem, dan fleksibiliti menjadikan migrasi ini satu langkah yang berbaloi.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Tinjauan dan Kajian Pasaran<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahagian Teknologi Maklumat dan Prasarana Ilmu (BTMPI) telah melakukan kajian yang menyeluruh. Bermula Februari 2023 hingga Mac 2024, pelbagai sesi demonstrasi sistem bersama pembekal telah diadakan. Bukan itu sahaja, tinjauan kepenggunaan sistem di kalangan ahli <em>Malaysian Information System Librarians<\/em> (MySyL) menunjukkan bahawa <strong>13 daripada 25<\/strong> buah universiti awam di Malaysia telah menggunakan Sistem KOHA. Ini membuktikan sistem ini sangat popular dan boleh dipercayai di peringkat institusi pengajian tinggi negara. Berdasarkan sebut harga yang diterima daripada pelbagai syarikat tempatan, anggaran kos pelaksanaannya dianggarkan sekitar RM209,000.00 dengan anggaran kos penyelenggaraan tahunan pula dijangka 20% daripada kos pelaksanaan.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong><strong>Proses Perolehan Sistem Koha<\/strong><\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Proses perolehan Sistem Koha bermula dengan pembentangan kertas kerja kelulusan yang merangkumi pelbagai mesyuarat peringkat pengurusan dan teknikal. Proses ini dimulakan melalui Mesyuarat Ketua Bahagian (MKB) Bil 1\/2024, disusuli oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Universiti (JKPU) ke-188, dan Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelaksanaan diteruskan dengan siri mesyuarat teknikal, bermula dengan Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Teknikal ICT (JTPICT) Bil 1\/2025, Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan ICT Khas dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) UKM Bil. 1\/2025. Proses kelulusan peringkat kementerian dimuktamadkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Pendidikan Tinggi Bil 2\/2025 pada 26 Mac 2025. Seterusnya fasa keperluan perolehan dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong><strong><strong>Aktiviti Pelaksanaan Sistem Koha<\/strong><\/strong><\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Projek migrasi telah dilaksanakan oleh syarikat Alteraxis Sdn. Bhd. dengan nilai kos keseluruhan sebanyak RM189,969.72 dengan tempoh kontrak bermula pada 1 Ogos 2025 dan tamat pada 8 November 2027. Sepanjang tempoh tersebut, beberapa fasa penting telah dirancang dan dilaksanakan, termasuk fasa pemasangan dan konfigurasi sistem, diikuti proses migrasi data dan seterusnya, proses integrasi sistem dilaksanakan sebelum sistem digunakan secara rasmi pada 6 November 2025.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi memastikan projek dilaksanakan dengan lancar, Jawatankuasa Task Force Pembangunan Sistem Koha turut dilantik. Jawatankuasa ini bertindak sebagai penyelaras yang membantu dari segi perancangan, pemantauan, serta sokongan teknikal dan data, dengan kerjasama erat daripada pelbagai pihak termasuk Pusat Digital UKM. Secara keseluruhannya, pelaksanaan migrasi sistem ini menunjukkan perancangan yang sistematik dan kerjasama yang baik antara semua pihak terlibat. Kejayaan ini menjadi satu langkah penting ke arah pemodenan sistem perpustakaan yang lebih fleksibel, cekap, dan selari dengan keperluan teknologi semasa.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong><strong><strong><strong>Proses Migrasi dan Integrasi dalam Sistem Koha<\/strong><\/strong><\/strong><\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Proses migrasi data daripada Sierra ke Koha telah dilaksanakan secara berperingkat menggunakan kaedah batch bagi memastikan ketepatan dan keselamatan data terjamin. Migrasi ini melibatkan pemindahan pelbagai jenis rekod penting yang menjadi tunjang kepada operasi perpustakaan. Keseluruhan data telah berjaya dipindahkan, termasuk 690,815 rekod bibliografik dan 1,173,419 rekod item. Di samping itu, migrasi turut melibatkan rekod pelanggan dan transaksi. Sebanyak 52,650 rekod pelanggan telah dipindahkan, diikuti dengan rekod sejarah pinjaman (<em>circulation history<\/em>) dan rekod sejarah denda (<em>fine history<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Proses muat turun data daripada sistem Sierra telah dilaksanakan melalui modul pentadbiran Sierra dan juga Sierra DNA. Sepanjang proses ini, pelbagai kerja teknikal telah dijalankan, termasuk pembersihan data dan pemetaan data (data mapping) bagi memastikan keserasian dengan struktur sistem Koha. Usaha ini telah dilaksanakan oleh pasukan Task Force Sistem Koha dengan sokongan padu daripada DigitalUKM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Proses integrasi dalam pelaksanaan Koha juga telah dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan sistem ini dapat berfungsi dengan lancar. Antara integrasi utama yang telah dilaksanakan ialah penggunaan Single Sign-On (SSO) bagi tujuan pengesahan pengguna, yang membolehkan log masuk dilakukan dengan lebih mudah dan selamat. Selain itu, integrasi protokol SIP2 turut dilaksanakan bagi menyokong operasi mesin pinjaman dan pemulangan layan diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat beberapa aspek integrasi yang sedang dilaksanakan khususnya yang melibatkan Sistem Maklumat Universiti (SMU). Bagi memastikan semua keperluan integrasi dapat direalisasikan, proses ini akan diteruskan dalam tempoh jaminan dan penyelenggaraan tanpa melibatkan kos tambahan. Proses integrasi adalah penting bagi memastikan sistem Koha dapat berfungsi secara menyeluruh dan bersepadu dengan ekosistem digital universiti.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong><strong><strong><strong><strong>Sesi Kick Off, Bengkel, Mesyuarat dan Perbincangan Teknikal<\/strong><\/strong><\/strong><\/strong><\/strong><\/h3>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"657\" height=\"370\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Siierra-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13390\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Siierra-1.png 657w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Siierra-1-300x169.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Siierra-1-18x10.png 18w\" sizes=\"(max-width: 657px) 100vw, 657px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kick Off Sistem Koha<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesi Kick Off, bengkel, mesyuarat dan perbincangan bagi pembangunan Koha telah dilaksanakan dalam memastikan projek migrasi dan pelaksanaan sistem berjalan dengan terancang serta mencapai objektif yang ditetapkan. <strong>Sesi Kick Off<\/strong> dengan pihak pembekal telah diadakan untuk memulakan projek secara rasmi. Ia memberi gambaran awal tentang skop projek, objektif, garis masa, serta peranan setiap pihak seperti pembekal, pasukan teknikal dan pentadbir sistem. Dengan adanya sesi ini, semua pihak dapat berkenalan dan mempunyai pemahaman yang jelas sejak awal pelaksanaan. <strong>Sesi Bengkel Semakan dan Pemantapan Sierra ke Koha<\/strong> jug<strong>a<\/strong> telah diadakan bagi memastikan isu data dan pembersihan data dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, <strong>mesyuarat berkala<\/strong> telah diadakan dari semasa ke semasa berfungsi sebagai mekanisme pemantauan projek. Melalui mesyuarat, status pelaksanaan boleh dibincangkan, isu teknikal dapat dikenal pasti lebih awal, dan tindakan pembetulan boleh diambil segera. Ini penting untuk memastikan projek tidak tersasar daripada jadual atau spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, <strong>sesi perbincangan teknikal<\/strong> membantu dalam menyelesaikan isu yang lebih kompleks seperti migrasi data, integrasi sistem, dan konfigurasi server. Perbincangan ini biasanya melibatkan pihak teknikal dari Digital UKM dan pihak pembekal yang dapat memberikan penyelesaian lebih tepat berdasarkan keperluan sistem.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"441\" height=\"592\" data-id=\"13612\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13612\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3.png 441w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-223x300.png 223w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-9x12.png 9w\" sizes=\"(max-width: 441px) 100vw, 441px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi Mesyuarat dan Perbincangan Bersama Pembekal<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"441\" height=\"592\" data-id=\"13613\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13613\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2.png 441w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2-223x300.png 223w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2-9x12.png 9w\" sizes=\"(max-width: 441px) 100vw, 441px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi Mesyuarat dan Perbincangan Bersama Pembekal<\/figcaption><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua sesi ini dilaksanakan untuk memastikan komunikasi yang jelas, penyelarasan kerja yang baik, serta pengurusan projek yang lebih efektif. Tanpa sesi-sesi ini, pelaksanaan sistem berisiko menghadapi kekeliruan, kesilapan teknikal, dan kelewatan dalam pencapaian matlamat projek.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong><strong><strong><strong>Sesi UAT, Latihan, dan Pelaksanaan <em>Live<\/em> Sistem Koha<\/strong><\/strong><\/strong><\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Proses pengujian, latihan, dan pelaksanaan Sistem Koha telah dijadualkan bermula pada awal November 2025. Sesi ini dimulakan dengan <em>Final Acceptance Testing<\/em> (FAT) Sistem Koha di Makmal Latihan Siber@ptsl. Seterusnya, latihan modul diadakan di lokasi yang sama, melibatkan Sesi Latihan Modul Pengkatalogan serta Sesi Latihan Modul Sirkulasi dan Pencarian Maklumat. Sistem Koha kemudiannya mula beroperasi sepenuhnya (<em>Live<\/em>) pada 6 November 2025.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siri latihan diteruskan dengan Sesi Latihan Admin Koha (Superlibrarian) dan Sesi Latihan Modul Sirkulasi bersama Petugas Kaunter. Bagi komponen teknikal, latihan diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet, bermula dengan Sesi Latihan Teknikal Koha&nbsp; bagi Modul Pelaporan dan diikuti oleh Sesi Latihan Teknikal Koha bersama Digital UKM<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelaksanaan UAT (<em>Final Acceptance Testing<\/em>) dan sesi latihan bagi Sistem Koha merupakan fasa yang kritikal dalam pengurusan projek sistem maklumat. Ini bagi memastikan sistem memenuhi spesifikasi, meminimumkan gangguan perkhidmatan, mengelakkan masalah pengguna, pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknikal dan pelancaran (<em>Go-Live<\/em>) yang lancar.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong><strong><strong>Aktiviti Pelak<strong>Cabaran dalam Proses Migrasi Sistem Sierra ke Koha<\/strong>sanaan Sistem Koha<\/strong><\/strong><\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Migrasi daripada Sierra ke Koha merupakan satu proses yang kompleks dan memerlukan perancangan rapi. Antara cabaran utama yang dihadapi ialah isu keserasian data. Struktur pangkalan data Sierra tidak sepenuhnya selari dengan Koha, menyebabkan proses pemetaan medan (data mapping) perlu dilakukan dengan teliti. Jika tidak dikendalikan dengan baik, risiko kehilangan maklumat atau ketidaktepatan data boleh berlaku, terutamanya melibatkan rekod bibliografik, maklumat pengguna, sejarah pinjaman dan denda pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, kualiti data sedia ada turut menjadi cabaran penting. Data yang telah lama disimpan dalam sistem terdahulu mungkin mengandungi duplikasi, maklumat tidak lengkap, atau format yang tidak konsisten. Oleh itu, proses pembersihan data (d<em>ata cleansing<\/em>) perlu dilakukan sebelum migrasi bagi memastikan hanya data yang berkualiti dipindahkan ke dalam sistem Koha. Proses ini memerlukan masa, sumber manusia, dan ketelitian yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari sudut teknikal, Koha sebagai sistem sumber terbuka memerlukan kepakaran dalam pengurusan pelayan, sistem operasi Linux, serta pangkalan data. Tidak semua organisasi mempunyai tenaga kerja yang mahir dalam aspek ini, sekali gus menjadikan latihan atau penglibatan vendor luar sebagai satu keperluan. Tambahan pula, konfigurasi dan penyesuaian sistem Koha perlu dilakukan mengikut keperluan perpustakaan&nbsp; yang boleh menjadi rumit tanpa pengalaman yang mencukupi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cabaran seterusnya melibatkan latihan dan penerimaan pengguna. Staf perpustakaan yang telah biasa menggunakan Sierra perlu menyesuaikan diri dengan antaramuka dan aliran kerja baharu dalam Koha. Proses pembelajaran ini boleh mengambil masa dan berpotensi menjejaskan kecekapan kerja dalam tempoh peralihan. Justeru, latihan yang sistematik dan sokongan berterusan amat penting bagi memastikan adaptasi yang lancar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di samping itu, gangguan operasi juga berlaku semasa proses migrasi. Perkhidmatan perpustakaan perlu dihentikan sementara bagi membolehkan pemindahan data dilakukan dengan selamat. Hal ini boleh memberi kesan kepada pengguna akhir jika tidak dirancang dengan baik. Integrasi dengan sistem lain juga perlu disemak dan disesuaikan semula agar berfungsi dengan Koha.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, migrasi daripada Sierra ke Koha memberikan kelebihan dari segi fleksibiliti, penjimatan kos, dan keupayaan penyesuaian sistem. Dengan perancangan dan pelaksanaan yang rapi, migrasi ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan perpustakaan serta menyokong keperluan operasi pada masa hadapan. Sebagai penutup, projek ini memberikan pengalaman yang berharga yang dilalui oleh Task Force Koha. Terima kasih kepada pihak pengurusan Perpustakaan UKM,Pusat Digital UKM, semua Ahli Jawatankuasa Task Force Pembangunan Sistem Koha dan pihak pembekal yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang projek berlangsung.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengenalan Perpustakaan UKM telah menggunakan Sistem Perpustakaan Bersepadu, Sistem Sierra sejak November 2019. Sistem ini menjadi nadi utama perpustakaan dengan pelbagai fungsi. Sistem ini telah dinaik taraf ke versi 6.0 dan kontrak penyelenggaraannya telah dilanjutkan sehingga&nbsp; Disember 2025. Namun Sistem Sierra telah menghampiri fasa end-of-life dan pihak prinsipal (Clarivate) telah memperkenalkan sistem baharu serta mencadangkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":36,"featured_media":13381,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":"","_ppma_block_editor_authors":""},"categories":[235,236,234],"tags":[248],"ppma_author":[283,284,285,267],"class_list":["post-13376","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-235","category-artikel-utama-pilihan","category-buletin-inspirasi","tag-teknologi"],"authors":[{"term_id":283,"user_id":36,"is_guest":0,"slug":"harith-faruqi-sidek","display_name":"Harith Faruqi Sidek","avatar_url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/372b9d5f957a8f0c4c683aeff4992aaa3749037db967c07a39c15df281269412?s=96&d=mm&r=g","avatar_alt":"","avatar_decorative":"","author_category":"","first_name":"","last_name":"","user_url":"","job_title":"","description":""},{"term_id":284,"user_id":2,"is_guest":0,"slug":"rohalia","display_name":"Rohalia","avatar_url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/c7d38fc36155f0fa7144743f0f25b30267e65e25c93e782e614726fe0b0966bd?s=96&d=mm&r=g","avatar_alt":"","avatar_decorative":"","author_category":"","first_name":"Rohalia","last_name":"","user_url":"","job_title":"","description":""},{"term_id":285,"user_id":37,"is_guest":0,"slug":"nor-hamsiah-ahmad-hosaini","display_name":"Nor Hamsiah Ahmad Hosaini","avatar_url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/6f25fa8aed4d78cd37135266d564e931ed67b954ee360d9bed0d188b5c1ba351?s=96&d=mm&r=g","avatar_alt":"","avatar_decorative":"","author_category":"","first_name":"","last_name":"","user_url":"","job_title":"","description":""},{"term_id":267,"user_id":1,"is_guest":0,"slug":"ptsl","display_name":"Muhammad Hasryiman Borhan","avatar_url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/16d0c89780976e29857fab508c44e6d82aa9ef1ea98468e3e3c8c5762c951114?s=96&d=mm&r=g","avatar_alt":"","avatar_decorative":"","author_category":"1","first_name":"Muhammad Hasryiman Borhan","last_name":"","user_url":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl","job_title":"","description":""}],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13376","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13376"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13376\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13616,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13376\/revisions\/13616"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13381"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13376"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13376"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13376"},{"taxonomy":"author","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/en\/wp-json\/wp\/v2\/ppma_author?post=13376"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}