{"id":13176,"date":"2026-11-11T15:42:02","date_gmt":"2026-11-11T07:42:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/?p=13176"},"modified":"2026-11-18T19:05:55","modified_gmt":"2026-11-18T11:05:55","slug":"lsp55-di-sebalik-ribuan-langkah-warga-perpustakaan-ukm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/lsp55-di-sebalik-ribuan-langkah-warga-perpustakaan-ukm\/","title":{"rendered":"LSP55: Di Sebalik Ribuan Langkah Warga Perpustakaan UKM"},"content":{"rendered":"<figure class=\"wp-block-post-featured-image\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"2560\" height=\"1920\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-botani-group.jpg\" class=\"attachment-post-thumbnail size-post-thumbnail wp-post-image\" alt=\"\" style=\"object-fit:cover;\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-botani-group.jpg 2560w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-botani-group-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-botani-group-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-botani-group-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-botani-group-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-botani-group-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-botani-group-16x12.jpg 16w\" sizes=\"(max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/figure>\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahun 2025 menjadi saksi satu transformasi yang cukup <em>happening<\/em> apabila warga Perpustakaan UKM menyarung kasut sukan, mengira langkah, dan mencabar keupayaan diri menerusi Program Langkah Sihat Perpustakaan 55 (LSP55). Lebih daripada sekadar program kecergasan biasa, LSP55 hadir sebagai sebuah gerakan kecil yang membawa impak besar. Ia bukan sahaja membudayakan gaya hidup sihat di tempat kerja, malah menjadi platform yang mengeratkan lagi hubungan sesama warga perpustakaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program LSP55 merupakan inisiatif kesihatan dan kecergasan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perpustakaan UKM sebagai usaha memperkukuh budaya kerja sihat dalam kalangan warga perpustakaan. Dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-55 UKM, angka \u201c55\u201d pada nama program bukan sekadar simbolik, malah menjadi pemangkin semangat untuk warga perpustakaan bergerak bersama ke arah kesejahteraan yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Di Sebalik Tabir Strategi: Bagaimana Mata Dikira?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi memastikan persaingan kekal telus dan berintegriti, sistem pemantauan yang sangat sistematik telah diatur sepanjang 11 minggu cabaran ini. Penilaian akhir berdasarkan kepada dua KPI utama iaitu jumlah langkah dan berat badan. Formulanya mudah, siapa yang mengumpul jumlah langkah terbanyak dan siapa yang berjaya mencatatkan penurunan berat badan paling tinggi, mereka bakal menggondol mata tertinggi. Bagi pemantauan berat badan, timbangan rasmi hanya direkodkan pada hari pertama dan hari terakhir program sahaja bagi melihat hasil impak yang sebenar.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/527475847_1162518235899578_38170327362528889_n-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13346\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/527475847_1162518235899578_38170327362528889_n-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/527475847_1162518235899578_38170327362528889_n-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/527475847_1162518235899578_38170327362528889_n-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/527475847_1162518235899578_38170327362528889_n-16x12.jpg 16w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/527475847_1162518235899578_38170327362528889_n.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi langkah mingguan pula, ketua kumpulan bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan jumlah langkah ahli masing-masing ke dalam <em>Google Form<\/em> rasmi. Setiap data yang dihantar wajib disertakan dengan bukti tangkapan skrin (<em>screenshot<\/em>) daripada aplikasi Google Fit yang disyorkan sebagai aplikasi rasmi program bagi memudahkan urus setia membuat penilaian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Misi 11 Minggu, Perjuangan Mencari Langkah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bermula dari 1 Ogos hingga 9 Oktober 2025, bermulalah diari kecergasan warga perpustakaan dengan pelbagai aktiviti kecergasan yang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seramai 48 orang peserta dengan penuh komitmen telah mendaftarkan diri dengan yuran komitmen RM50.00 seorang yang melayakkan mereka menerima t-shirt rasmi program sebagai tanda penyertaan dan kenang-kenangan.&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun terdapat yuran dikenakan, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila warga perpustakaan memberikan sokongan penuh, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi terhadap kepentingan kesihatan. Bagi memastikan pelaksanaan lebih sistematik dan interaktif, peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Kaedah ini bukan sahaja memudahkan pengurusan aktiviti, malah menggalakkan semangat kerjasama, komunikasi berkesan dan persaingan sihat antara kumpulan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang program, peserta tidak hanya mengejar langkah. Mereka dicabar untuk konsisten dan berdisiplin merekod langkah setiap minggu, memantau perubahan berat badan, dan mengekalkan momentum gaya hidup aktif.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/527040133_1162517912566277_9076879306128084956_n-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13258\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/527040133_1162517912566277_9076879306128084956_n-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/527040133_1162517912566277_9076879306128084956_n-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/527040133_1162517912566277_9076879306128084956_n-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/527040133_1162517912566277_9076879306128084956_n-16x12.jpg 16w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/527040133_1162517912566277_9076879306128084956_n.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<!--nextpage-->\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Demam<\/strong> <strong><em>Briskwalk<\/em><\/strong><strong>&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-briskwalk-grup-zura-1-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13247\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-briskwalk-grup-zura-1-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-briskwalk-grup-zura-1-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-briskwalk-grup-zura-1-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-briskwalk-grup-zura-1-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-briskwalk-grup-zura-1-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-briskwalk-grup-zura-1-16x12.jpg 16w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aplikasi Google Fit tiba-tiba menjadi aplikasi paling popular dan \u2018teman setia\u2019 ramai peserta. Dari aktiviti berjalan santai di kawasan kampus, <em>brisk walk<\/em> selepas waktu kerja, hinggalah sesi <em>treadmill<\/em> di rumah, setiap langkah memberi makna yang besar. Paling meriah adalah suasana selepas waktu pejabat. Kawasan sekitar kampus UKM bertukar ceria apabila kumpulan-kumpulan kecil mula kelihatan membuat aktiviti <em>brisk walk<\/em>. Masing-masing ada strategi tersendiri, ada yang memilih laluan mencabar mendaki bukit, ada yang selesa <em>brisk walk<\/em> di trek landai, dan tidak kurang juga yang memilih mengelilingi stadium. Aktiviti ini akhirnya bertukar menjadi rutin baharu yang paling dinanti-nantikan setiap petang.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang paling melucukan adalah gelagat sesama ahli kumpulan. Usikan, sakat-menyakat mula meletus menuntut komitmen rakan sepasukan demi <em>target<\/em> bersama. Namun, usikan itulah yang menjadi pembakar semangat. Segala sindiran mesra dan gurauan harian inilah yang akhirnya menjadi warna-warni indah yang menceriakan lagi diari LSP55.&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kumpulan WhatsApp LSP55 yang diwujudkan pula tidak pernah sunyi dengan perkongsian gambar-gambar menarik sepanjang sesi berjalan kaki, membuatkan interaksi antara peserta menjadi lebih ceria. Lebih mencuit hati, semangat menambah langkah ini tidak terhenti di luar pejabat sahaja. Di dalam pejabat pun, ada peserta yang dilihat \u2018rajin\u2019 berjalan ulang-alik, sanggup memilih laluan paling jauh dan naik turun tangga semata-mata kerana ingin menambah kiraan langkah. Semuanya kreatif mencuri peluang demi memastikan sasaran langkah harian mereka tercapai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>LSP55 Sihat Secara Menyeluruh&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang menjadikan LSP55 lebih istimewa ialah kepelbagaian aktivitinya. Program ini tidak terhad kepada cabaran langkah semata-mata. Dalam usaha membentuk gaya hidup sihat secara menyeluruh, peserta turut mengikuti Ceramah Pemakanan dan Diet yang disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Bangi yang penuh dengan perkongsian berguna tentang kepentingan pemakanan sihat serta cara memilih diet yang lebih seimbang dalam kehidupan seharian.<\/p>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aktiviti Fun Walk @ Taman Botani UKM pula memberi pengalaman berbeza apabila peserta bukan sahaja berjalan bersama, malah berpeluang mengenali tumbuhan di sekitar kampus UKM dalam suasana santai dan menyeronokkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suasana LSP55 terus menjadi lebih rancak apabila para peserta berkumpul di Stadium UKM bagi menyertai sesi senamrobik yang penuh tenaga dan semangat. Aktiviti yang dikendalikan oleh instruktur senamrobik berpengalaman itu berjaya membakar motivasi peserta menerusi gerakan yang dinamik serta iringan muzik yang menceriakan suasana.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.33-AM-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13378\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.33-AM-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.33-AM-16x12.jpeg 16w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.33-AM-300x225.jpeg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.33-AM-768x576.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.33-AM.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, antara aktiviti yang paling mencuri perhatian sudah tentu sesi aquarobic di Kolam Renang Kelab Golf Danau UKM. Ia adalah satu pengalaman baharu yang julung kali diperkenalkan dalam program anjuran perpustakaan. Lebih eksklusif, sesi ini telah dikendalikan khas oleh jurulatih bertauliah yang dilantik bagi memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan betul, selamat, dan bertenaga. Dilaksanakan dalam dua sesi berasingan bagi peserta lelaki dan perempuan, aktiviti ini ternyata memberikan pengalaman pertama yang cukup bermakna kepada kebanyakan peserta. Tidak seperti senaman biasa, aquarobic menggabungkan pergerakan senaman di dalam air yang sangat menyeronokkan. Kehadiran jurulatih yang begitu sporting juga berjaya menghidupkan suasana sehinggakan ramai peserta menyifatkannya sebagai pengalaman yang menarik, unik, dan berharap agar ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.32-AM-1-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13350\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.32-AM-1-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.32-AM-1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.32-AM-1-768x576.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.32-AM-1-16x12.jpeg 16w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-06-at-8.40.32-AM-1.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-aquarobic-perempuan-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13230\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-aquarobic-perempuan-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-aquarobic-perempuan-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-aquarobic-perempuan-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-aquarobic-perempuan-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-aquarobic-perempuan-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/LSP-aquarobic-perempuan-16x12.jpg 16w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<!--nextpage-->\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Debaran Majlis Penutup&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah berminggu-minggu berhempas-pulas, detik yang penuh debaran akhirnya tiba pada 16 Oktober 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Serbaguna, Aras 2, PTSL. Majlis penutup yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu dihadiri oleh peserta dengan penuh keterujaan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum keputusan diumumkan, majlis diserikan dengan sesi perkongsian kesihatan yang sangat informatif bersama wakil dari Yakult Malaysia bertajuk <em>\u201cStress and Your Immune System\u201d<\/em>. Sesi ini mengupas hubung kait tekanan harian dengan sistem imun badan, satu ilmu yang sangat selari dengan objektif kesejahteraan holistik program ini. Bukan itu sahaja, suasana majlis penutup bertambah ceria dan &#8216;sihat&#8217; apabila pihak Yakult dengan murah hatinya turut menaja hampir 100 botol minuman Yakult untuk dinikmati oleh para peserta.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih meriah apabila urusetia program juga telah menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada semua peserta dan memastikan tiada sesiapa pun yang pulang dengan tangan kosong dan masing-masing gembira membawa pulang hadiah kenang-kenangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah 11 minggu bertarung, berikut adalah senarai penuh juara yang berjaya menakluki carta LSP55:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><span style=\"text-decoration: underline\">Kategori Kumpulan: Gabungan Langkah &amp; Penurunan Berat (Hadiah: RM500.00)<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-utama-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13512\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-utama-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-utama-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-utama-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-utama-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-utama-16x12.jpg 16w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-utama-2048x1536.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pemenang Kumpulan 9:<\/strong><br>Mohd Afiq Suimeyami<br>Zaiful Ezwan Ab. Rashid<br>Nona Zurena Masenwat<br>Fatimah Kamilah Awang<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><span style=\"text-decoration: underline\">Kategori Kumpulan: Jumlah Langkah Terbanyak (Hadiah: RM500.00)<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-langkah-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13537\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-langkah-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-langkah-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-langkah-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-langkah-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-langkah-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-langkah-16x12.jpg 16w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pemenang Kumpulan 11:<\/strong><br>Liyana Jasman<br>Abdul Zhafir Abdul Rashid<br>Shahril Aiman Ahmad Sharudin<br>Muhamad Khairul Ibrahim<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><span style=\"text-decoration: underline\">Kategori Kumpulan: Paling Banyak Turun Berat (Hadiah: RM400.00)<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-turun-berat-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13540\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-turun-berat-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-turun-berat-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-turun-berat-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-turun-berat-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-turun-berat-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-turun-berat-16x12.jpg 16w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pemenang Kumpulan 8:<\/strong><br>Mohd Zohdi Haron<br>Mohamad Shazwan Hilmi Sharifuddin<br>Mohd Firdaus Mhd Taha<br>Anis Rohaiza Rosli<\/p>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><span style=\"text-decoration: underline\">Kategori Individu (Hadiah: RM100.00 seorang)<\/span><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Langkah Terbanyak:<\/strong> Abdul Zhafir Abdul Rashid<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Penurunan Berat Badan Terbanyak (Lelaki):<\/strong> Mohd Zohdi Haron<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Penurunan Berat Badan Terbanyak (Wanita): <\/strong>Nurul Ain Afiqah Zaidi<br><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><span style=\"text-decoration: underline\">Kategori Khas (Hadiah: RM250.00) &#8211; Kumpulan Paling Komited Mengisi Data<\/span><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pemenang Kumpulan 1:<\/strong><br>Mohd Zukhairi Abdullah<br>Radiyana Abdul Rahman<br>Zabariah Harun<br>Noor Marina Yusof<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-khas-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13573\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-khas-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-khas-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-khas-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-khas-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-khas-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-pemenang-khas-16x12.jpg 16w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kejayaan dan kemeriahan LSP55 pastinya tidak lengkap tanpa sokongan padu barisan penaja budiman. Terima kasih diucapkan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Ikhsan Sports, Allan D&#8217;Lious Marketing, Alpro Pharmacy, Yakult Malaysia, Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP), Program Buku Jalanan Chow Kit (BJCK), serta para penyumbang individu atas sumbangan yang diberikan. Segala tajaan dan sokongan ini bukan sahaja menyuntik keterujaan luar biasa buat peserta, malah menjadi nadi utama dalam merealisasikan agenda gaya hidup sihat warga Perpustakaan UKM. Terima kasih daun keladi, semoga jalinan kerjasama ini diteruskan lagi pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>LSP55 Yang Meninggalkan Kesan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas tirai program dilabuhkan, satu analisis telah dilakukan menerusi edaran borang maklum balas Google Form, dan hasil respon yang diterima ternyata sangat luar biasa serta menyentuh hati. Rata-rata peserta memberikan maklum balas yang sangat positif dan mengakui bahawa LSP55 telah menjadi pencetus motivasi untuk mereka lebih rajin dan konsisten melakukan aktiviti brisk walk dalam rutin harian. Program ini berjaya meningkatkan tahap kesedaran menjaga kesihatan diri, di samping menjadi platform terbaik dalam membantu peserta menurunkan berat badan serta mengekalkan berat badan yang ideal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Impak sosial yang tercipta di sebalik kesibukan tugas harian juga sangat mengagumkan. LSP55 telah merapatkan hubungan silaturahim, mewujudkan komunikasi yang lebih santai, serta meningkatkan kerjasama erat antara rakan sekerja. Gabungan kepelbagaian aktiviti yang diatur bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya melonjakkan semangat berpasukan yang tinggi sehingga suasana di pejabat terasa lebih ceria dan positif. Melihat kepada impak dan gelombang sihat yang luar biasa ini, tidak hairanlah jika ruangan ulasan dibanjiri dengan harapan yang sama daripada para peserta, mereka berharap LSP diteruskan sebagai program tahunan warga Perpustakaan. Bagi warga Perpustakaan UKM, langkah kecil itu telah berjaya membawa ribuan \u2018kilometer kenangan manis\u2019 dan semangat kebersamaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahniah kepada semua peserta! \ud83d\ude09<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"431\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-penutup-1024x431.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13605\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-penutup-1024x431.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-penutup-767x323.jpg 767w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-penutup-300x126.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-penutup-18x7.jpg 18w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/LSP-penutup.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<!--nextpage-->\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center wp-block-paragraph\"><strong>GAMBAR PESERTA LSP55 MENGIKUT KUMPULAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-1-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13249\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-1-768x1024-1.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-1-225x300.jpeg 225w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-1-9x12.jpeg 9w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-1.jpeg 960w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-4-768x1024-1.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13260\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-4-768x1024-1.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-4-225x300.jpeg 225w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-4-9x12.jpeg 9w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-4.jpeg 960w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-3-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13253\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-3-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-3-300x225.jpeg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-3-768x576.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-3-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-3-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-3-16x12.jpeg 16w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-2-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13251\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-2-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-2-300x225.jpeg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-2-768x576.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-2-16x12.jpeg 16w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-2.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-5-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13261\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-5-768x1024-1.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-5-225x300.jpeg 225w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-5-9x12.jpeg 9w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-5.jpeg 960w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"766\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-6-766x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13262\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-6-766x1024.jpeg 766w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-6-225x300.jpeg 225w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-6-9x12.jpeg 9w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-6-768x1026.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-6.jpeg 958w\" sizes=\"(max-width: 766px) 100vw, 766px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"724\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-11-1-724x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13279\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-11-1-724x1024.jpeg 724w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-11-1-212x300.jpeg 212w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-11-1-768x1086.jpeg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-11-1-1086x1536.jpeg 1086w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-11-1-1448x2048.jpeg 1448w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-11-1-8x12.jpeg 8w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-11-1.jpeg 1810w\" sizes=\"(max-width: 724px) 100vw, 724px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"750\" height=\"1000\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-12.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13280\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-12.jpeg 750w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-12-9x12.jpeg 9w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-12-225x300.jpeg 225w\" sizes=\"(max-width: 750px) 100vw, 750px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-7-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13264\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-7-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-7-300x169.jpeg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-7-767x432.jpeg 767w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-7-18x10.jpeg 18w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-7.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"723\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-9-1024x723.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13266\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-9-1024x723.jpeg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-9-300x212.jpeg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-9-767x542.jpeg 767w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-9-17x12.jpeg 17w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-9.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\"><div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"632\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-8-632x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13265\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-8-632x1024.jpeg 632w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-8-7x12.jpeg 7w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-8-185x300.jpeg 185w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kumpulan-8.jpeg 667w\" sizes=\"(max-width: 632px) 100vw, 632px\" \/><\/figure>\n<\/div><\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\"><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tahun 2025 menjadi saksi satu transformasi yang cukup happening apabila warga Perpustakaan UKM menyarung kasut sukan, mengira langkah, dan mencabar keupayaan diri menerusi Program Langkah Sihat Perpustakaan 55 (LSP55). Lebih daripada sekadar program kecergasan biasa, LSP55 hadir sebagai sebuah gerakan kecil yang membawa impak besar. Ia bukan sahaja membudayakan gaya hidup sihat di tempat kerja,&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":40,"featured_media":13232,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":"","_ppma_block_editor_authors":""},"categories":[235,236,234],"tags":[261,247,246,260],"ppma_author":[307],"class_list":["post-13176","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-235","category-artikel-utama-pilihan","category-buletin-inspirasi","tag-aquarobic","tag-briskwalk","tag-langkahsihat","tag-senamrobik"],"authors":[{"term_id":307,"user_id":40,"is_guest":0,"slug":"shaizimah-badzri","display_name":"Shaizimah Badzri","avatar_url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/25797cd88ebef9d929363ba6408eb336b3bd7b5e99cb85320c6e4cfe0858de63?s=96&d=mm&r=g","avatar_alt":"","avatar_decorative":"","author_category":"","first_name":"","last_name":"","user_url":"","job_title":"","description":""}],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13176","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/users\/40"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13176"}],"version-history":[{"count":74,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13176\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13734,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13176\/revisions\/13734"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13232"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13176"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13176"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13176"},{"taxonomy":"author","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/ppma_author?post=13176"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}