{"id":13713,"date":"2026-11-18T18:13:15","date_gmt":"2026-11-18T10:13:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/?p=13713"},"modified":"2026-11-18T18:29:39","modified_gmt":"2026-11-18T10:29:39","slug":"projek-penyelidikan-warisan-melayu-memartabatkan-bahasa-kebangsaan-di-era-kecerdasan-buatan-ai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/projek-penyelidikan-warisan-melayu-memartabatkan-bahasa-kebangsaan-di-era-kecerdasan-buatan-ai\/","title":{"rendered":"Projek Penyelidikan WaRiSAN Melayu: Memartabatkan Bahasa Kebangsaan di Era Kecerdasan Buatan (AI)"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam mendepani arus pemodenan teknologi yang kian pesat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai benteng pejuang bahasa kebangsaan melalui pelaksanaan projek penyelidikan Wahana Rintis Semantik Ayat Nasional (WaRiSAN) Melayu. Projek berimpak tinggi ini merupakan satu inisiatif strategik di bawah mandat Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Inisiatif Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk memperkasa bahasa kebangsaan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) menggunakan peruntukan khas berjumlah RM 8,000,000.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Projek WaRiSAN Melayu diterajui oleh Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM) dengan kerjasama erat Perpustakaan UKM, Pusat Teknologi Digital, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan, Institut Alam &amp; Tamadun Melayu, Fakulti Kejuruteraan &amp; Alam Bina, Fakulti Sains Teknologi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Undang-Undang dan Institut Visual Informatik. Projek ini bukan sekadar satu usaha teknikal, malah merupakan satu misi nasional untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dalam ekosistem digital dunia.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"399\" height=\"223\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13715\" style=\"width:683px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1.png 399w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1-300x168.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture1-18x10.png 18w\" sizes=\"(max-width: 399px) 100vw, 399px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pasukan Penyelidik dan Rakan Strategik Projek WaRiSAN Melayu<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<h6 class=\"wp-block-heading\">Mengapa Projek WaRiSAN Melayu Penting?<\/h6>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dunia kini sedang menyaksikan revolusi Model Bahasa Besar (Large Language Models &#8211; LLM) seperti ChatGPT, Gemini dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kebanyakan model AI sedia ada lebih cenderung kepada bahasa Inggeris, menyebabkan nuansa, budaya, dan ketepatan istilah Bahasa Melayu sering kali tersasar dalam sudut istilah serta konteks ayat. Sehubungan itu, objektif utama projek WaRiSAN Melayu adalah untuk membetulkan jurang ini dengan:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Mewujudkan infrastruktur pusat data tempatan dan ruang bakat satelit khusus untuk ekosistem WaRiSAN Melayu<\/li>\n\n\n\n<li>Membangunkan serta mengesahkan model asas Model Bahasa Besar Kebangsaan (WaRiSAN-BM) bagi kegunaan sektor awam dan swasta.<\/li>\n\n\n\n<li>Membina pangkalan data bersepadu WaRiSAN-ARKIB bagi menyelaras pengumpulan, penyediaan, dan pemodenan data serta pendigitalan koleksi bahasa Melayu ke dalam sistem AI.<\/li>\n\n\n\n<li>Merangka rangka kerja program WaRiSAN-CAKNA bagi memastikan penggunaan model AI ini memberi impak rentas kementerian dan perkhidmatan kepada rakyat.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<!--nextpage-->\n\n\n\n<h6 class=\"wp-block-heading\">Peranan Perpustakaan UKM<\/h6>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"650\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2-1-1024x650.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13717\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2-1-1024x650.png 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2-1-300x190.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2-1-767x487.png 767w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2-1-18x11.png 18w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture2-1.png 1093w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Bengkel Brainstorming Penyedia Data dan Teknikal Bagi Projek Warisan Melayu, 28 Mei 2025 (Rabu) di Tenera Hotel &amp; Suites, Bangi, Selangor<\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" width=\"1012\" height=\"605\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13718\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-1.png 1012w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-1-300x179.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-1-18x11.png 18w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture3-1-768x459.png 768w\" sizes=\"(max-width: 1012px) 100vw, 1012px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Mesyuarat Kerjasama Projek Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) antara UKM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 23 Jun 2025 (Isnin)<br>di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Aras 29, Menara DBP.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"936\" height=\"437\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13716\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture4.png 936w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture4-300x140.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture4-767x358.png 767w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture4-18x8.png 18w\" sizes=\"(max-width: 936px) 100vw, 936px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Sesi Menandatangani Letter of Intent (LOI) UKM dan RTM pada 18 Ogos 2025 (Isnin), di Bilik Persidangan Panorama, Aras 13, Menara Angkasapuri<\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perpustakaan UKM memikul tanggungjawab besar dalam menyediakan set data kepada teknologi AI. Tanpa set data yang bersih dan berkualiti, model AI tidak mampu berfungsi dengan tepat. Fokus utama pasukan Perpustakaan UKM adalah mengumpul korpus teks daripada pelbagai domain khusus, merangkumi Alam dan Tamadun Melayu; Undang-Undang; Perubatan dan Sains Kesihatan; STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan &amp; Matematik); Kejuruteraan; Pendidikan dan Bahasa Etnik Sabah &amp; Sarawak. Dokumen teks penuh khususnya berstatus akses terbuka dibekalkan kepada pasukan teknikal dari semasa ke semasa merangkumi tesis, artikel jurnal, buku, koleksi khas dan artikel surat khabar. Aspek keselamatan data dan hak cipta dititik beratkan bagi memastikan penggunaan koleksi digital mematuhi undang-undang harta intelek dan Akta Perkongsian Data 2025. Proses membangunkan korpus ini bukanlah sekadar memuat naik fail secara rawak. Ia melibatkan rantaian kerja yang teliti bagi memastikan kualiti data berada pada tahap tertinggi seperti berikut;<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Pendigitalan &amp; Optical Character Recognition (OCR): Bahan-bahan bercetak dan mikro diimbas menggunakan mesin pengimbas berkapasiti tinggi. Teknologi OCR digunakan untuk menukar imej kepada teks yang boleh dibaca oleh komputer.<\/li>\n\n\n\n<li>Metadata &amp; Pemetaan: Setiap dokumen dilabelkan dengan maklumat yang tepat (metadata) bagi memudahkan rujukan dan latihan model.<\/li>\n\n\n\n<li>Pembersihan Data: Dokumen digital dibekalkan kepada pasukan teknikal di Fakulti Teknologi &amp; Sains Maklumat untuk proses pembersihan set data daripada ralat ejaan atau format yang tidak teratur.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<!--nextpage-->\n\n\n\n<h6 class=\"wp-block-heading\">Pencapaian dan Pelaburan Masa Hadapan<\/h6>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Proses transformasi digital ini memerlukan sokongan infrastruktur yang mantap di mana Perpustakaan turut mendapat faedah daripada fasa pertama projek ini. Pelaburan ini merangkumi perolehan perkakasan dan perisian pendigitalan yang moden seperti mesin pengimbas bahan mikro, mesin pengimbas bahan bercetak, pencetak serta komputer desktop untuk kegunaan pembantu penyelidik (RA).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"248\" height=\"273\" data-id=\"13719\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture5-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13719\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture5-1.png 248w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture5-1-11x12.png 11w\" sizes=\"(max-width: 248px) 100vw, 248px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Mesin Pengimbas Bahan Bercetak Berkapasiti Tinggi di Perpustakaan UKM<\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"296\" height=\"179\" data-id=\"13721\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture6-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13721\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture6-1.png 296w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture6-1-18x11.png 18w\" sizes=\"(max-width: 296px) 100vw, 296px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Mesin Pengimbas Bahan Mikro Berkapasiti Tinggi di Perpustakaan UKM<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, Perpustakaan UKM juga melanggan pelbagai perisian AI seperti ChatGPT Business, CapCut Pro, TurboScribe, dan Abby FineReader untuk meningkatkan produktiviti bagi kerja-kerja pemprosesan data. Beberapa dokumen penting telah dibangunkan iaitu Garis Panduan Pengurusan Koleksi LLM Bahasa Melayu; Manual operasi mesin pengimbas bahan mikro; video panduan penggunaan dan Garis Panduan Penggunaan Aplikasi AI.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-2 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"620\" data-id=\"13724\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture11-1024x620.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13724\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture11-1024x620.png 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture11-300x182.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture11-768x465.png 768w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture11-18x12.png 18w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture11.png 1165w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Bengkel Semakan Akhir Garis Panduan Pengurusan Koleksi WaRiSAN Melayu Perpustakaan UKM (Siri 2) pada 7 Ogos 2025 (Khamis) di Bangi Resort Hotel<\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"474\" height=\"221\" data-id=\"13723\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture8.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13723\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture8.png 474w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture8-300x140.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture8-18x8.png 18w\" sizes=\"(max-width: 474px) 100vw, 474px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Bengkel Pemurnian Hasil\/Produk Bagi Projek-Projek Penyelidikan Warisan Melayu &amp; Pengintegrasian Ke Model Warisan pada 5 &#8211; 7 Disember 2025 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson<\/figcaption><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<h6 class=\"wp-block-heading\">Harapan dan Kesimpulan<\/h6>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Laluan menuju kecemerlangan digital ini tidak sunyi daripada cabaran. Pasukan penyelidik turut berhadapan dengan isu seperti kesukaran mendapat bahan bahasa Melayu yang berkualiti, fail teks penuh yang lama, kualiti imej pada mikrofilem akhbar yang rendah dan kekangan dalam menentukan status hak cipta akses terbuka bagi bahan-bahan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Projek WaRiSAN Melayu bukan sekadar projek penyelidikan, ia adalah satu pelaburan untuk masa depan identiti bangsa di ruang siber. Dengan adanya model AI yang mahir dalam Bahasa Melayu, kita mampu membina aplikasi &#8220;Perpustakaan Pintar&#8221; yang lebih responsif dan relevan dengan keperluan masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengakhiri fasa pertama ini, Majlis Pra Pelancaran Projek WaRiSAN Melayu dan Tandatangan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dengan DBP pada 18 Disember 2025 telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Professor Dr. Azlinda Azman selaku Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi di Hotel Le M\u00e9ridien, Putrajaya. Ini menandakan bermulanya era baharu di mana Bahasa Melayu bukan sahaja gah di alam nyata, malah menjadi tunjang utama dalam evolusi kecerdasan buatan di peringkat kebangsaan dan serantau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-3 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"367\" height=\"245\" data-id=\"13714\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture9.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13714\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture9.jpg 367w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture9-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture9-18x12.jpg 18w\" sizes=\"(max-width: 367px) 100vw, 367px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Majlis Pra Pelancaran Projek WaRiSAN Melayu dan Tandatangan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dengan DBP pada 18 Disember 2025 di Hotel Le M\u00e9ridien, Putrajaya<\/em><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"389\" height=\"224\" data-id=\"13725\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13725\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture10.png 389w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture10-300x173.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Picture10-18x10.png 18w\" sizes=\"(max-width: 389px) 100vw, 389px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Majlis mengenang jasa perkhidmatan 3 orang pembantu penyelidik WaRiSAN Melayu pada 30 April 2026 di di Perpustakaan UKM.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhir kata, Jawatankuasa Projek Penyelidikan WaRiSAN Melayu Perpustakaan UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa dan pembantu penyelidik yang telah menunjukkan dedikasi luar biasa dalam memastikan kejayaan fasa awal projek ini. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha murni ini demi memastikan Bahasa Melayu terus relevan dan berdaulat dalam mendepani cabaran teknologi masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam mendepani arus pemodenan teknologi yang kian pesat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai benteng pejuang bahasa kebangsaan melalui pelaksanaan projek penyelidikan Wahana Rintis Semantik Ayat Nasional (WaRiSAN) Melayu. Projek berimpak tinggi ini merupakan satu inisiatif strategik di bawah mandat Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Inisiatif Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk memperkasa bahasa&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":13714,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":"","_ppma_block_editor_authors":""},"categories":[235,236,234],"tags":[240,243,241],"ppma_author":[305,284,306],"class_list":["post-13713","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-235","category-artikel-utama-pilihan","category-buletin-inspirasi","tag-ai","tag-kecerdasan-buatan","tag-warisan"],"authors":[{"term_id":305,"user_id":38,"is_guest":0,"slug":"shamsudin-ibrahim","display_name":"Shamsudin Ibrahim","avatar_url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/c746cb433399cf40b13fb2f75dcfbd893e5cd48c272f73f3212df74c7bc6ef59?s=96&d=mm&r=g","avatar_alt":"","avatar_decorative":"","author_category":"","first_name":"","last_name":"","user_url":"","job_title":"","description":""},{"term_id":284,"user_id":2,"is_guest":0,"slug":"rohalia","display_name":"Rohalia","avatar_url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/c7d38fc36155f0fa7144743f0f25b30267e65e25c93e782e614726fe0b0966bd?s=96&d=mm&r=g","avatar_alt":"","avatar_decorative":"","author_category":"","first_name":"Rohalia","last_name":"","user_url":"","job_title":"","description":""},{"term_id":306,"user_id":39,"is_guest":0,"slug":"nurul-ain-afiqah-zaidi","display_name":"Nurul Ain Afiqah Zaidi","avatar_url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/4d7cacbd61dfcbd08b6b7274f0fc1c6f2a5b95ff845bb1dee531877939285c75?s=96&d=mm&r=g","avatar_alt":"","avatar_decorative":"","author_category":"","first_name":"","last_name":"","user_url":"","job_title":"","description":""}],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13713","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13713"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13713\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13729,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13713\/revisions\/13729"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13714"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13713"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13713"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13713"},{"taxonomy":"author","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/ppma_author?post=13713"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}