{"id":5647,"date":"2026-07-22T15:41:03","date_gmt":"2026-07-22T07:41:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/?p=5647"},"modified":"2026-08-04T11:44:52","modified_gmt":"2026-08-04T03:44:52","slug":"pengenalan-koleksi-arkib-dan-koleksi-khas-ptsl","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/pengenalan-koleksi-arkib-dan-koleksi-khas-ptsl\/","title":{"rendered":"Pengenalan Koleksi Arkib dan Koleksi Khas, PTSL"},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"5647\" class=\"elementor elementor-5647\" data-elementor-post-type=\"post\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-62ebfca e-flex e-con-boxed e-con e-parent\" data-id=\"62ebfca\" data-element_type=\"container\" data-e-type=\"container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-1e72373 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"1e72373\" data-element_type=\"widget\" data-e-type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<p><strong>Sejarah Unit Arkib dan Koleksi Khas<\/strong><\/p><p>Pada peringkat awal, bahan berkaitan UKM seperti sejarah, penubuhan dan pencapaian\u00a0 ditempatkan di Bahagian Koleksi Dokumen kerana peranan bahagian ini mengumpulkan bahan-bahan terbitan kerajaan dan badan berkanun.\u00a0<\/p><p>Bahagian ini diwujudkan pada tahun 1974 Apabila lama kelamaan usia UKM semakin bertambah dan banyak penyelidikan yang dibuat mengenai penubuhan dan pencapaian UKM yang menyebabkan pihak-pihak pengurusan dan penyelidik memerlukan sumber rujukan dari perpustakaan. Akhirnya bahan berkaitan UKM diasingkan dan dinamakan sebagai Koleksi Arkib. Sumber paling penting ketika itu adalah laporan tahunan UKM dan buku Majlis Konvokesyen. Usaha pengumpulan bahan ini dipergiatkan lagi kepada\u00a0 buku panduan fakulti, laporan tahunan fakulti, gambar aktiviti rasmi UKM, buku terbitan ahli akademik UKM dan kertas kerja pensyarah.<\/p><p>Koleksi Khas diperolehi awal tahun 1970an terdiri daripada buku-buku nadir, habis cetak, manuskrip tulisan tangan dan penerbitan klasik yang bernilai tinggi. Ia ditempatkan di paras 5, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Berjiran dengan Koleksi Asia Tenggara dan Koleksi Dokumen. Koleksi ini dikenali\u00a0 sebagai \u201cKoleksi Khas Warisan Ilmu\u201d.<\/p><p><strong>Alur Masa Penubuhan Arkib<\/strong><\/p><p>1974 &#8211; Bahan penerbitan sejarah UKM ditempatkan di bawah Koleksi Dokumen.<br \/>1978 &#8211; Koleksi Arkib diwujudkan.<br \/>1987 &#8211; Koleksi Arkib digabungkan dengan cawangan Hadiah dan Pertukaran kerana bahan arkib diperoleh secara percuma.<br \/>1997 &#8211; Dinaik taraf kepada Bahagian Koleksi Arkib di bawah pentadbiran Jabatan Pengurusan Koleksi Penyelidikan dan Khas, ditempatkan di aras 4, PTSL (kini siber@PTSL).<br \/>1999 &#8211; Penambahan skop Koleksi Khas dan bertukar nama kepada Bahagian Koleksi Arkib dan Khas.<br \/>2005 &#8211; Bertukar nama kepada Bahagian Koleksi Arkib dan Galeri.<br \/>2006 &#8211; Berpindah lokasi dari aras 4 (kini siber@PTSL) ke aras 6, PTSL<br \/>2009 &#8211; Bertukar nama kepada Koleksi Arkib, Galeri dan Khas.<br \/>2011 &#8211; Bertukar nama kepada Koleksi Arkib dan Khas.<br \/><br \/><strong>Kakitangan Perintis\u00a0<\/strong><\/p><p>Koleksi Arkib dibawah pimpinan Puan Thuraiyen Nadzrah Hj. Mohd Ghazal, Pustakawan (S2) bersama 2 kakitangan iaitu Encik Kamarudin Othman, Pembantu Tadbir (N9) dan Puan Rosmarila Shariff, Pembantu Tadbir Rendah (N11).<\/p><p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-5656 aligncenter\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl2\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/unnamed-7.png\" alt=\"\" width=\"801\" height=\"387\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/unnamed-7.png 801w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/unnamed-7-300x145.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/unnamed-7-768x371.png 768w\" sizes=\"(max-width: 801px) 100vw, 801px\" \/><\/p><p><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-5655 aligncenter\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl2\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/unnamed-8.png\" alt=\"\" width=\"827\" height=\"502\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/unnamed-8.png 827w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/unnamed-8-300x182.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/unnamed-8-768x466.png 768w\" sizes=\"(max-width: 827px) 100vw, 827px\" \/><\/p><p>\u00a0<\/p><p>\u00a0<\/p><p><strong>Perkembangan Koleksi\u00a0<\/strong><\/p><p>Koleksi Arkib bermula dari 212 judul (buku dan bahan terbitan bersiri) (tahun 1999)\u00a0 meningkat kepada 12,375 judul (tahun 2022) merangkumi pelbagai bahan.<\/p><p style=\"text-align: right;\"><strong><em>Sumber :<\/em><\/strong><br \/><strong><em>\u00a0Laporan Tahunan Perpustakaan<\/em><\/strong><br \/><strong><em>Perpustakaan UKM : Melakar Kejayaan Merintis Kegemilangan<\/em><\/strong><br \/><strong><em>Sejarah Lisan : Rosmawati Hj Zainal<\/em><\/strong><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>\ud83d\udcdaKoleksi Arkib<\/strong><\/span><\/span><\/p><p>Koleksi ini mengumpulkan bahan-bahan mengenai sejarah dan perkembangan UKM, merangkumi terbitan rasmi dan rekod universiti, karya ahli-ahli akademik terbitan Fakulti \/ Jabatan, terbitan Penerbit UKM serta lain-lain terbitan warga kampus.\u00a0<\/p><p>Koleksi Arkib juga merupakan koleksi memori institusi yang diwujudkan bagi tujuan pemeliharaan bahan serta memenuhi keperluan rujukan dan penyelidikan. Beberapa buah pangkalan data telah dibangunkan untuk kemudahan rujukan para pelanggan perpustakaan. Antara bahan-bahan yang telah didigitasikan adalah Laporan Penyelidikan dan Keratan Akhbar mengenai UKM. Koleksi Arkib diurus sebagai Koleksi Tertutup dan boleh dirujuk semasa waktu pejabat di aras 6.<\/p><p><u><strong>\ud83d\udcdaKoleksi Khas<\/strong><\/u><\/p><p>Koleksi Khas diwujudkan serentak dengan penubuhan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970. Usaha untuk memperolehi bahan-bahan koleksi ini giat dijalankan sejak tahun 1970 dengan menumpukan perhatian kepada bahan-bahan penyelidikan.<\/p><p>Koleksi Khas mengumpulkan bahan-bahan yang terdiri daripada bahan-bahan habis cetak (nadir), manuskrip bernilai tinggi dan cetakan pertama dari penerbitan klasik. Kini, Koleksi Khas menjadi tulang belakang kepada Koleksi Penyelidikan yang memainkan peranan sebagai sumber penyelidikan para penyelidik dalam dan luar negeri.<\/p><p>Koleksi Khas mengandungi lima koleksi kecil yang mempunyai keistimewaan tersendiri:<\/p><p>\ud83d\udd30Koleksi Nadir mengandungi 1,876 judul yang terdiri dari bahan-bahan habis cetak, bernilai tinggi dan diterbitkan sebelum tahun 1950 bagi bahan-bahan Asia Tenggara serta 1,900 bagi bahan-bahan lain.<\/p><p>\ud83d\udd30Koleksi Manuskrip mengandungi 81 judul adalah bahan manuskrip Melayu, Arab dan beberapa bahasa lain. Kebanyakkan manuskrip Melayu adalah mengenai kerajaan Kesultanan Acheh.<\/p><p>\ud83d\udd30Koleksi Cina Peranakan mengandungi 1,343 judul dan ia adalah hasil penulisan Cina Peranakan Indonesia yang ditulis dalam awal tahun 1900. Koleksi ini merupakan satu daripada Koleksi-koleksi Cina Peranakan Indonesia yang terbesar di dunia.<\/p><p>\ud83d\udd30Koleksi Schacht adalah satu koleksi peribadi seorang orientalis berbangsa Jerman yang banyak menulis mengenai Islam iaitu Joseph Schacht. Ianya telah dibeli oleh perpustakaan pada tahun 1972. Koleksi ini mengandungi 3,035 judul (1,400 daripadanya dalam bahasa Arab) merangkumi bidang-bidang al-Quran, hadith, undang-undang Islam, sejarah dan tamadun Islam.\u00a0<\/p><p>\ud83d\udd30Koleksi Sumbangan (Peribadi) terdiri daripada koleksi peribadi milik tokoh-tokoh tempatan dan luar negara yang bersesuaian dengan program akademik UKM. Koleksi ini telah disumbangkan kepada perpustakaan untuk rujukan penyelidik. Koleksi yang mempunyai keistimewaan dalam koleksi peribadi ini ialah Koleksi Harun Aminurrashid.<\/p><p>\ud83d\udd30Koleksi Harun Aminurrashid mengandungi 1,306 judul dan ianya adalah koleksi peribadi yang telah dihadiahkan oleh Harun Aminurrashid dan keluarga.<\/p>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sejarah Unit Arkib dan Koleksi Khas Pada peringkat awal, bahan berkaitan UKM seperti sejarah, penubuhan dan pencapaian\u00a0 ditempatkan di Bahagian Koleksi Dokumen kerana peranan bahagian ini mengumpulkan bahan-bahan terbitan kerajaan dan badan berkanun.\u00a0 Bahagian ini diwujudkan pada tahun 1974 Apabila lama kelamaan usia UKM semakin bertambah dan banyak penyelidikan yang dibuat mengenai penubuhan dan pencapaian&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":19,"featured_media":3089,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[53,29],"tags":[],"class_list":["post-5647","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-pilihan","category-korpus-sejarah-ukm"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5647","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/users\/19"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5647"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5647\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5659,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5647\/revisions\/5659"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3089"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5647"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5647"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/ptsl\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5647"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}