Galeri LAWATAN TAPAK BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJILARI SISTEM AUDIO DI MASJID, PUSAT ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, SELANGOR DARUL EHSAN. 10 Ogos 2023- Alhamdulillah pagi ini berlangsung lawatan kerja oleh Pengarah Pusat Islam, Dr. Wan Haslan Khairudin dengan diiringan Timbalan Pengarah, Dr. Abu Dardaa Mohamad ke pejabat Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor bagi membincangkan beberapa perkara serta kerjasama yang boleh dijalankan. Semoga usaha yang baik ini memberikan kebaikan dan hasil yang baik bagi kedua-dua pihak. Persinggahan anak-anak Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selayang ke Masjid UKM sebelum menuju ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan beberapa destinasi lain.Lihatlah alam ini dengan lebih luas. Semoga Allah SWT sentiasa memandu anak-anak kecil ini menuju kejayaan. 🤲🏻 Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Nurhidayah Bahar atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah III Pusat Islam UKM berkuatkuasa 1 Ogos 2023. Tulus ikhlas daripada pengarah serta seluruh warga kerja Pusat Islam UKM PERSEDIAAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 2023 4 Ogos 2023 – Pusat Islam Universiti sedang giat melaksanakan aktiviti pemasangan Jalur Gemilang disekitar kawasan Masjid UKM bagi menaikan semangat patriotik dikalangan warga UKM. Justeru, pusat Islam menyeru kepada seluruh warga UKM serta komuniti setempat untuk menunjukkan semangat patriotik anda dengan memasang atau mengibarkan jalur gemilang dikediaman, kenderaan serta lain-lain tempat yang bersesuaian. #KibarkanJalurGemilang #Merdeka2023 1 Ogos 2023 | Pontian : Bahagian Zakat, Pusat Islam dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM berkesempatan menziarahi keluarga pelajar di kediamannya bagi melihat keadaan dan keperluan bapanya yang diuji dengan sakit strok sejak tiga tahun lepas. Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar , Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan Pengarah Pusat Islam, Dr. Wan Haslan Khairuddin bersama-sama dalam lawatan ini. Turut diberikan beberapa sumbangan kepada keluarga pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Didoakan semoga bapa pelajar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan keluarga pelajar. Amin 01/08/2023 TERIMA KASIH! Pusat Islam UKM mengucapkan jugaan terima kasih kepada Yayasan Budi Ihsan Malaysia di atas sumbangan dan agihan daging korban sejuk beku bagi tahun 2023. Semoga segala gerak kerja yang baik ini mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah S.W.T TEMUDUGA BIASISWA BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD (BPMB) 28 Julai 2023 – Assalamualaikum wbt, urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panel biasiswa Bank Pembangunan Malaysia Berhad terutamanya: Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Bin Othman Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UKM (Panel 1) Tuan Haji Mohd Yazid Bin Sabtu Ahli Jawatankuasa Agihan Zakat UKM (Panel 2) Wakil, Puan Suraya Binti Abdul Hamid Dr. Wan Haslan Bin Khairuddin Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UKM (Panel 3) Dr. Abu Dardaa Bin Mohamad Ahli Jawatankuasa Agihan Zakat UKM (Panel 4) Encik Muhammad Tajuddin Bin Abdul Rahim Setiausaha Tabung Amanah Zakat UKM (Panel 5) Encik Ahmad Hairi Rabbani Bin Ahmad Puhad Setiausaha Dua Agihan Zakat UKM (Panel 6) serta 2 orang wakil daripada BPMB yang terlibat daripada mula sehingga sesi akhir temuduga calon biasiswa BPMB. Selain itu, sesi pertama telah dihadiri seramai 25 calon dan hanya 13 calon yang dipilih untuk saringan sesi ke dua. Walau bagaimanapun hanya 10 calon yang akan dipilih sebagai penerima biasiswa tersebut. Semoga semua sentiasa dirahmati dan diberkati. Terima kasih 29/07/2023 FORUM PERDANA MAAL HIJRAH 1445H – KETELITIAN STRATEGIK, PEMANGKIN PERUBAHAN Assalamualaikum wbt, Seluruh warga UKM serta komuniti setempat, Pusat Islam UKM dengan kerjasama Surau Al-Kauthar , Bandar Baru Bangi mempelawa anda semua untuk mengimarahkan program yang dianjurkan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 29 Julai 2023 Masa : selepas magrib Tempat : Dewan solat utama Surau Al-Khauthar Bandar Baru Bangi Moderator : Us. Khairil Khuzairi Omar Ketua Bahagian Dakwah Pusat Islam UKM turut merangkap Nazir Masjid Al-Umm. Panel 1 : Da’i Hazman Yani Panel 2 : IM Aran Pusat Islam UKM Surau Al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. 29/07/2023 🕋 IJTIMAK AHLI SUNAH WALJAMAAH 2023🕋 Telah berlangsung Daurah bersama Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi Tarikh: 22 Julai 2023 Masa: 9.00 malam – 11.00 malam Tempat: Masjid UKM Kitab: Sunan At-Tarmizi (Tuhfat Al-Ahwazi) أبواب الحج عن رسول الله صلى الله عليه وسلم : (١) باب ما جاء في حرمة مكة 🔊 Untuk makluman semua warga UKM atau orang awam berpeluang menyumbang bagi program-program yang akan dianjurkan oleh Masjid UKM di sepanjang tahun. 🤲 Sumbangan boleh dibuat melalui : – Kaunter Pusat Islam ☑️ – Transfer Online : CIMB (98945110502000) ☑️ – QR Pay ☑️ – Give2UKM ☑️ #IjtimakAhliSunahWaljamaah #NgajiKitabHadis #PusatIslamUKM Urusetia Catatan Lama