💼 KEMPEN ZAKAT KWSP 💼

Assalamualaikum w.b.t
YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan Zakat UKM mengadakan Kempen Zakat KWSP yang bertujuan untuk menggalakkan semua warga UKM & bukan warga menyantuni asnaf melalui hasil kutipan zakat dan sejajar dengan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) yang membenarkan potongan zakat sebagai Rebat kepada
cukai bagi setiap individu beragama Islam.
 
Zakat UKM mempelawa kepada YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, untuk mengambil peluang dan turut membantu dalam pembangunan insan yang dilaksanakan oleh Zakat UKM.
 
Sehubungan dengan itu, adalah dimohon sekiranya YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/Tuan/ Puan untuk menghubungi pegawai zakat bagi membantu urusan taksir zakat simpanan.
 
Sila hubungi no di bawah bagi tujuan janji temu.
 
 
Diatas perhatian dan sokongan YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, ke atas perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Kutipan dan Agihan Universiti boleh layari
 
 
Sekian, salam hormat.