Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi 2021 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

Dimaklumkan Bahagian Zakat, Pusat Islam UKM mempelawa kepada semua warga kakitangan UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2021 bagi Anak-Anak Kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil.

Permohonan perlu dibuat melalui atas talian di : (sila klik URL di bawah)

1. Syarat Permohonan:
-Warga Kakitangan UKM
-Beragama Islam
-Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
-Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil
-Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 pengajian

2. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
-Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
-Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
-Sijil Kematian (Jika berkenaan)
-Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
-Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
-Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

3. Kadar Bantuan (sekali sahaja):
-Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00
-Diploma/ Asasi/ Matrikulasi – RM 700.00
-Sijil – RM 500.00

*Diruangan maklumat tanggungan, sila isi semua tanggungan termasuk pasangan.
Tarikh Permohonan: 2 Ogos hingga 15 Oktober 2021

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :
03-8921 4225 (Bangi)
infozakat@ukm.edu.my
FB : Tabung Amanah Zakat UKM