Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 3 Sesi 2021/2022

Assalamu’alaikum, Wrt. Wbt.
Mahasiswa/i sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 3 Sesi 2021/2022 khusus untuk pelajar Sem Pendek (Short Sem) dan Latihan Industri (LI) telah dibuka.
Permohonan perlu dibuat melalui platform laman sesawang berikut sahaja: https://zakat.ukm.my/
Tempoh Permohonan adalah bermula pada 08-OGOS-2022 (ISNIN) hingga 8-SEPTEMBER-2022 (KHAMIS).
Bantuan yang disediakan:
1. Sara Hidup
Syarat Permohonan:
1. Islam;
2. Pelajar Sepenuh Masa;
3. Mendaftar;
4. Pelajar Prasiswazah;
5. Tidak menerima elaun daripada pihak Majikan tempat LI (*permohonan LI sahaja);
6. Tempoh LI adalah sepanjang atau dalam Sem 3 Sesi 2021/2022. (*permohonan LI sahaja)
Dokumen yang WAJIB disediakan/muatnaik (Disahkan):
i. Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen terkini / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga yang bekerja & tidak bekerja;
ii. Slip Pendaftaran Kursus Semester Sem 3 2021/2022; dan
iii. Surat Jawapan Kelulusan Penempatan LI oleh Majikan & pengesahan tidak menerima apa-apa elaun. (*permohonan LI sahaja);
**Bagi pelajar yang telah berjaya memilih slot tarikh temuduga namun tidak dapat pemakluman/panggilan daripada pihak kami, mohon untuk semak di STATUS PERMOHONAN satu(1) hari selepas tarikh temuduga. Jika masih status Tunggu Temuduga, sila maklumkan kepada pihak kami.
Sebarang kemusykilan, boleh berhubung terus dengan kaunter:
Kaunter Zakat UKM Bangi
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8921 4225 / 5820
Emel: infozakat@ukm.edu.my
Sekian, dimaklumkan dan terima kasih. ☺️— feeling excited.