DIRGAHAYU TUANKU

Dirgahayu Tuanku
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 5 Jun 2023 bersamaan 16 Zulkaedah 1444H.
Seluruh Warga UKM mendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.
Didoakan ke hadrat Allah SWT juga semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar AI-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
Sembah Takzim dari seluruh Warga Universiti Kebangsaan Malaysia.