EDARAN JAMUAN IFTAR BERBUKA PUASA SUNAT ISNIN & KHAMIS

Pada hari ini Pusat Islam menyediakan jamuan iftar berbuka puasa sebanyak 300 pek buat mereka yang berpuasa sunat. Para mahasiswa dan kakitangan dijemput untuk mengambil juadah tersebut di Masjid UKM.
Pusat Islam juga mempelawa orang ramai untuk bersama menyumbang bagi mengimarahkan lagi program aktiviti takmir dan kebajikan untuk masyarakat.
Semoga Allah SWT memberkati setiap rezeki yang telah dikurniakan-Nya.