JOM SEDEKAH SECARA POTONGAN GAJI KEPADA PUSAT ISLAM KAMPUS KUALA LUMPUR

Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur mengadakan Kempen Sedekah Melalui Potongan Gaji (Bulanan). Bermula dengan serendah RM10.00 bertujuan untuk menggalakkan semua warga menyumbang bagi menjayakan program-program dan aktiviti pengimarahan di Surau Ibnu Sina HCTM yang diadakan sepanjang tahun di Kampus Kuala Lumpur.

Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur bersama dengan Surau Ibnu Sina HCTM berfungsi sebagai pusat sehenti bagi segala aktiviti yang berkaitan hal ehwal Islam seperti sambutan hari-hari kebesaran Islam, kebajikan kakitangan, program kemasyarakatan, program dakwah, pengimarahan surau, pembangunan dan seumpamanya.

Oleh kerana perbelanjaan yang tinggi dalam menampung kos pengurusan dan aktiviti Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur, kami ingin mempelawa Warga UKM khususnya warga Kampus Kuala Lumpur untuk membuat potongan sedekah melalui potongan gaji (SPG) bagi tujuan yang dinyatakan tersebut. Semoga diberkati segala amal jariah kita.

 

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

 

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu “Wahai tuhanku!, Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang-orang yang soleh”

(Surah Al-Munafiqun Ayat 10)
—————————————————————————————
Untuk makluman semua warga UKM, orang awam & masyarakat yang berbesar hati ingin bersedekah/ menyumbang.

Pihak Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur juga menyediakan kaedah pembayaran melalui cara dibawah:

Sumbangan melalui :
Transfer Online : CIMB (98945112702000)
Tekan link: https://www.ukm.my/pusatislam/skim-potongan-gaji-spg-pusat-islam-kkl-hctm/

Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian: 03-9145 6873/5897