KAB BERDOA KERJASAMA PUSAT ISLAM UKM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kolej Aminuddin Baki, UKM dan Pusat Islam UKM akan mengadakan majlis bacaan yassin dan doa selamat bagi memohon kepada Allah SWT agar urusan perjalanan pelajar-pelajar UKM pulang kampus dipermudahkan dan diberi keselamatan sepanjang perjalanan pulang tersebut 💕

Butiran program adalah seperti berikut:
📍Tarikh: 08 Oktober 2021 (Jumaat)
📍Masa: 9.30 pagi – 10.30 pagi
📍Platform: FB Live Kolej Aminuddin Baki, UKM

👳🏻Pimpinan: Ustaz Ismail Muhamad
(Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UKM )

Diharapkan agar semua warga UKM & bukan warga sudi meluangkan masa bagi menghadiri program tersebut.

✨PERINGATAN MESRA✨

🔹 Bersedia sekurang-kurangnya 10 minit awal

Allah SWT menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

 

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Al-Ghafir:60

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman:
“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
SESI 2021/2022
PUSAT ISLAM UKM