SALAM NISFU SYA’BAN 1444H 15 SYA’BAN 1444H – 08 MAC 2023

Assalamualaikum wbt,
Pantas masa berlalu. Kini telah masuk pertengahan bulan Sya’ban. Ia membawa maksud bulan Ramadan sudah hampir tiba. Namun, bagaimanakah persiapan kita menyambut kedatangan Ramadan?
Pusat Islam Universiti mengajak seluruh warga UKM & bukan warga untuk mempertingkatkan ibadah-ibadah sunat dibulan Sya’ban yang masih tersisa ini.
Hal ini demikian kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihan.
Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:
قَالَ : “ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ”.
Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]
Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih.
May be an image of text