SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1442H/2021M

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1442H/2021M

Assalamualaikum w.b.t

Pusat Islam UKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Seluruh Umat Islam, Khususnya kepada Warga UKM & Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

📖Riwayat al-Tirmizi (1493)

🎥Khutbah akan disiarkan secara siaran langsung di Live Facebook Pusat Islam UKM
——————————————–
🔊 Untuk makluman semua warga UKM atau orang awam yang berbesar hati ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan melalui cara dibawah 👇

Sumbangan melalui :
Kaunter Pusat Islam ✅
Transfer Online : CIMB (98945110502000) ✅
💻 Give2UKM tekan link:
https://give2ukm.ukm.my/v2/main/singletabung/30

☎️ Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian: 03-8921 5404