Pusat Kebudayaan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENYATAAN KUALITI

Falsafah

Kesenian itu adalah keindahan yang hanya mampu dinikmati oleh insan yang akalnya sihat
dan perasaannya seimbang.

 

Dasar

Mengusahakan penajaman kepekaan mahasiswa terhadap lingkungan budaya sehingga
mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan yang baru, terutama untuk
kepentingan profisi mereka.

 

Memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk dapat memperluaskan pandangan mereka
tentang masalah kemanusiaan dan budaya.

Memampat peranan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai penaung dan juga
pencetus kehidupan berbudaya di dalam dan di luar kampus.

Moto

Melahirkan graduan berilmu dan berakhlak mulia yang mempunyai jati diri yang mantap bagi
memartabatkan seni budaya bangsa dan pembangunan modal insan.

 

Visi

Bertekad menjadi Pusat Perkhidmatan Seni dan Budaya yang dinamik dan terkehadapan bagi mencapai universiti bertaraf dunia.

Misi

Menjadi institusi pembangunan modal insan yang kreatif dalam bidang seni budaya yang relevent dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara juga melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan professional ke arah
pembangunan nilai-nilai keusahawanan, industri-industri seni dan pembangunan negara.

Piagam

Perkhidmatan
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menyeluruh berasaskan budaya ilmu bagi
memenuhi kehendak mahasiswa dan hala tuju universiti.

Sikap
Melahirkan sumber manusia yang komited terlatih, berdisiplin, produktif, inovatif dan
bertanggung jawab.

Pengurusan
Menguruskan kerja dengan cekap, pantas, bersih, amanah, dedikasi serta bersedia.

Perhubungan
Mewujudkan komunikasi yang berkesan dikalangan kakitangan dan pelanggan.

Proaktif
Sentiasa terkehadapan.

Hasil
Menjamin hasil kerja yang terbaik.