Pusat Kebudayaan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Program Bicara Silat 2021

Program ini merupakan satu platform dalam memartabatkan jati diri masyarakat kampus secara berbudaya kebangsaan dengan semangat patriotisme supaya selari dengan aspirasi dan kehendak Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat menjurus kepada aspek pembentukan sahsiah dan pembinaan kualiti diri dalam menjunjung semangat sayang dan cintakan negara.

Ianya akan mampu membina kecergasan minda dan memupuk persefahaman dalam mengeratkan perpaduan demi meningkatkan rasa cintakan diri dan negara Malaysia secara keseluruhannya.

Perasmi : Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM
 
Panel jemputan : Prof. Madya Mohd Ariff Bin Mat Hanafiah,
Encik Roslan Zairi Bin Ahmad Zawawi
Encik Khairunnazrin Bin Mohd Noor
 
Moderator : Encik Muhamad Shafiq Bin Mohd Ali
 
Sijil penyertaan dan mata UrusBakat (UKM sahaja) akan diberikan kepada peserta yang menyertai webinar dari awal hingga tamat.