Pusat Kebudayaan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Selamat Datang

Bengkel seni teater intensif selama tiga hari khusus buat pelajar-pelajar IPTA. Pengajaran meliputi pengarahan, skrip, sinografi dan seni lakon disampaikan oleh pensyarah dan penggiat seni yang berkaliber.

Latar Belakang

Secara keseluruhan, dalam tahun 2020 seramai 600 ribu pekerja yang terlibat dalam bidang persembahan pentas, pengurusan hiburan dan pameran telah hilang pekerjaan dan terpaksa mengambil pekerjaan lain sebagai alternatif bagi kelangsungan hidup. Isu permit yang tidak menentu daripada pihak berkuasa berikutan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tentang isu pandemik COVID-19 dan larangan persembahan pentas, apatah lagi kursus mahupun kelas secara bersemukamenyumbang pada kemalapan teater Melayu.

 

Dalam situasi endemik kini, kita seharusnya sudah mengatur langkah dalam menghidupkan semula industri yang sudah retak menunggu belah dengan menyediakan platform pembelajaran seni teater secara bersemuka meskipun dihalangi oleh keperluan norma baharu mengikut SOP. Atas kesedaran ini, Pusat Kebudayaan Universiti, UKM mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan Bengkel Seni Teater MAKUM – Singkap Tabir Bil. 1. Bengkel sebegini juga dilihat dapat membantu para mahasiswa dalam bersiap sedia menghadapi pertandingan-pertandingan teater yang telah dirancang oleh pihak MAKUM sekaligus memenuhi salah satu fokus strategik KPT iaitu memantapkan jaringan kolaborasi strategik.