Anugerah Emas 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa proses pencalonan Anugerah Emas 2021 mula dibuka pada 4 Mei 2021 sehingga 4 Ogos 2021. Fakulti/Institut dengan ini dijemput untuk menghebahkan pembukaan pencalonan bagi anugerah yang tersebut kepada semua kakitangan akademik dan seterusnya kepada para pelajar pascasiswazah yang akan bergraduat pada November 2021. Borang permohonan, poster, carta alir serta garis panduan adalah seperti di lampiran. Pelajar pascasiswazah yang berminat boleh mengemukakan borang permohonan ke sekretariat siswazah fakulti/institut masing-masing.

Sesi pemilihan akan dijalankan oleh sekretariat siswazah di Fakulti/Institut dan Fakulti/Institut perlu mencalonkan hanya seorang penama sahaja untuk setiap kategori mengikut bidang yang berkaitan ke Pusat Siswazah.

Kategori Anugerah Emas:

KetegoriBidang Sains, Teknologi dan KesihatanBidang Sains SosialJumlah Pemenang
Anugerah Emas KedoktoranSeorang pemenangSeorang pemenangDua (2) orang
Anugerah Emas SarjanaSeorang pemenangSeorang pemenangDua (2) orang

1) Garis Panduan

2) Carta Alir

3) Borang Pencalonan

*Tertakluk kepada terma dan syarat

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

 awardsandscholarship@ukm.edu.my

Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Sarjana

Pejabat Pengarah Pusat Siswazah

Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim

Universiti Kebangsaan Malaysia