Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa proses pencalonan Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2021 telah dibuka pada 30 Jun 2021 dan akan dilanjutkan sehingga 15 Ogos 2021. Pelajar pascasiswazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam penyelidikan Sains Sosial yang akan bergraduat pada 2021 (Majlis Konvokesyen 2021) dan memenuhi kriteria permohonan adalah dijemput untuk membuat permohonan.

Fakulti/Institut dengan ini dijemput untuk menghebahkan pembukaan pencalonan bagi anugerah yang tersebut kepada semua kakitangan akademik dan seterusnya kepada para pelajar pascasiswazah yang layak.

Calon yang layak boleh membuat permohonan di pautan https://bit.ly/MTDC2021.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan Mengenai Hadiah Buku Inovasi MTDC 2021”.

Dokumen penting untuk rujukan adalah:

  1. Garis Panduan Hadiah Buku Inovasi MTDC 2021
  2. Carta Alir Hadiah Buku Inovasi MTDC 2021
  3. Panduan Permohonan Hadiah Buku Inovasi MTDC 2021

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

 awardsandscholarship@ukm.edu.my

Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Sarjana

Pejabat Pengarah Pusat Siswazah

Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim

Universiti Kebangsaan Malaysia