Tawaran Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) Semester 1 2021/2022

 

Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) Semester 1 2021/2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka tawaran permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) untuk Semester 1 2021/2022 kepada pelajar Sarjana (mod penyelidikan) dan Doktor Falsafah yang mendaftar secara sepenuh masa.

Bersama-sama ini disampaikan beberapa dokumen untuk makluman dan rujukan seperti berikut:

  1. Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran A
  2. Jadual Kerja Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran B
  3. Borang Permohonan Baharu – Lampiran C

Borang yang telah lengkap diisi dan telah mendapat pengesahan Penyelia perlu dihantar sebelum atau pada 5 September 2021 sebelum pukul 5.00 petang melalui google form https://bit.ly/ZamalahBaharu.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di alamat emel awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan mengenai Skim Zamalah Penyelidikan”.

Untuk hebahan Skim Zamalah Penyelidikan Semester 1 2021/2022 dalam versi Bahasa Inggeris, sila klik SINI