Pusat Sukan

Unit Kampus Cawangan

PENGENALAN

Unit Kampus Cawangan merupakan satu unit yang bertanggjawab untuk melaksanakan fungsi Pusat Sukan di Kampus Kuala Lumpur yang meliputi persekitaran kawasan seperti Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) , Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KTSN) dan lain-lain.

FUNGSI

1. Pengurusan Tempahan Kemudahan Sukan:

a. Mengurus tempahan fasiliti seperti Arena Sukan Azman Hashim UKM KKL, kemudahan sukan di Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI), dan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN).

2. Selenggara Fasiliti dan Peralatan Sukan:

a. Memastikan fasiliti sukan di Arena Sukan Azman Hashim, KTDI, dan KTSN berada dalam keadaan baik melalui penyelenggaraan berkala.
b. Mengendalikan pembaikan segera bagi peralatan atau prasarana yang rosak.

3. Pengurusan Pinjaman Peralatan Sukan:

a. Menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan sukan kepada pelajar, staf, dan pihak luar.
b. Memastikan peralatan yang dipinjam berada dalam keadaan baik sebelum dan selepas penggunaan.

4. Penjagaan dan Penyeliaan Gimnasium:

a. Mengurus operasi gimnasium di KTSN, termasuk memastikan kebersihan, ketersediaan peralatan, dan keselamatan pengguna.
b. Memberi khidmat nasihat penggunaan peralatan gim kepada pengguna.

5. Pemantauan dan Rekod Penggunaan:

a. Memantau dan merekodkan penggunaan fasiliti serta peralatan bagi memastikan keberkesanan pengurusan.