Unit Kecemerlangan Sukan
PENGENALAN
Unit Kecemerlangan Sukan merupakan unit yang bertanggungjawab sebagai Pusat Kecermelangan Sukan Kriket. Pemilihan sebagai Pusat Kecermelangan Sukan Kriket oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah salah satu usaha kementerian pengajian tinggi dalam melahirkan ‘The Thinking Athletes’ dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 30% atlet terdiri daripada pelajar Institutsi Pengajian Tinggi.
FUNGSI
1. Penyelaras Pusat Kecemerlangan Sukan (Kriket dan Renang):
a. Mengurus program latihan berprestasi tinggi untuk atlet di bawah pusat kecemerlangan yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
b. Memastikan peruntukan yang diterima daripada KPT digunakan secara optimum untuk pembangunan pusat kecemerlangan.
c. Menjalankan kerjasama dengan badan sukan kebangsaan seperti Persatuan Kriket Malaysia dan Persatuan Renang Malaysia untuk meningkatkan pencapaian sukan.
d. Memantau pencapaian atlet yang bernaung di bawah pusat kecemerlangan dan menyediakan laporan berkala kepada KPT.
2. Program Latihan Sukan Berprestasi Tinggi:
a. Merancang dan melaksanakan program latihan intensif bagi atlet sukan berprestasi tinggi di universiti.
b. Menyediakan sokongan teknikal kepada jurulatih dan atlet untuk mencapai sasaran prestasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
c. Mengurus kemudahan latihan khusus yang melibatkan sukan kriket dan renang, termasuk jadual penggunaan fasiliti sukan.
3. Pengurusan Kejohanan dan Pertandingan:
a. Menganjurkan kejohanan berprestij peringkat universiti, kebangsaan, dan antarabangsa dalam bidang sukan kriket dan renang.
b. Bertanggungjawab dalam pemilihan atlet universiti untuk menyertai pertandingan sukan, dengan kerjasama jurulatih dan badan sukan.
c. Memberikan sokongan logistik dan teknikal kepada atlet dalam pertandingan.
4. Pemantauan dan Penilaian Atlet:
a. Melakukan pemantauan prestasi atlet secara berkala, termasuk ujian kecergasan dan psikologi sukan.
b. Membantu jurulatih dalam mengenal pasti potensi atlet dan mencadangkan laluan pembangunan karier sukan mereka.
c. Menyediakan laporan prestasi dan kemajuan atlet kepada pengurusan tertinggi universiti dan KPT.
5. Kerjasama dan Kolaborasi:
a. Menjalin hubungan strategik dengan badan sukan, kelab, persatuan sukan, dan institusi lain bagi meningkatkan kualiti program pusat kecemerlangan.