Unit Pembangunan Atlet
PENGENALAN
Unit ini adalah bertanggungjawab kepada segala pengurusan penyertaan Kontinjen dan Pasukan UKM ke semua kejohanan sukan sama ada sukan skala besar atau skala kecil. Unit juga akan menjadi urusetia kepada kontinjen UKM dalam memastikan kebajikan dan keperluan atlet-atlet warga UKM sebelum, semasa dan selepas kejohanan sukan adalah dijaga serta diselaraskan sebaik mungkin.
FUNGSI
1. Perancangan Program Pembangunan Atlet
a. Merancang program latihan berstruktur untuk pembangunan atlet
b. Menyediakan pelan pembangunan atlet jangka pendek dan panjang berdasarkan potensi dan keperluan sukan yang diceburi.
c. Merangka jadual latihan dan pertandingan dengan kerjasama jurulatih serta pihak berkaitan.
2. Pengurusan Penyertaan Atlet ke Kejohanan
a. Mengurus dan menyelia atlet universiti, termasuk atlet sepenuh masa, separa masa, dan atlet yang menyertai pertandingan di pelbagai peringkat.
b. Menyediakan sokongan logistik dan pentadbiran kepada atlet untuk memastikan keperluan mereka dipenuhi.
c. Memastikan kebajikan atlet dijaga, termasuk penyediaan insentif, elaun, kemudahan tempat tinggal, dan peralatan sukan.
3. Pemantauan Prestasi Atlet
a. Menjalankan pemantauan prestasi atlet secara berkala melalui ujian kecergasan fizikal, Penilaian prestasi teknikal dalam latihan dan pertandingan & Sokongan psikologi sukan untuk membina ketahanan mental.
b. Membantu jurulatih mengenal pasti kelebihan dan kekurangan atlet serta mencadangkan langkah penambahbaikan.
4. Penyelarasan dengan Jurulatih dan Pegawai Teknikal
a. Mengurus pelantikan dan pemilihan jurulatih berdasarkan penilaian sukan berpotensi
b. Menyokong jurulatih dalam menyediakan modul latihan yang sesuai dengan tahap dan sasaran atlet.
c. Menyelaras keperluan teknikal, seperti jadual latihan, penggunaan kemudahan sukan, dan penyertaan dalam kejohanan.
5. Penyediaan Data Atlet Holistik:
a. Menyusun dan menguruskan sistem penyimpanan data yang merangkumi perkembangan fizikal, prestasi sukan, rekod kesihatan, dan latar belakang pendidikan atlet.
b. Menyediakan profil lengkap atlet yang merangkumi aspek kehidupan mereka di luar sukan, seperti pencapaian akademik, pembangunan kemahiran sosial, dan sokongan keluarga.
c. Mengumpul dan menganalisis data prestasi serta kebajikan atlet untuk merancang program pembangunan yang bersesuaian.
d. Menyediakan laporan berkala mengenai status perkembangan atlet, termasuk kemajuan dalam bidang sukan, pendidikan, dan kesejahteraan.